Janji Babah

Akhirnya, tertuntas juga janji babah nak bawa kami anak-beranak masuk ke Taman Tema Legoland. Alhamdulillah. Perasaannya sangat teruja sampaikan ibu dan anak dara sanggup berpeluh di JPO mencari kemeja sedondon dengan babah. Kemahin kembang lobang hidong babah bila kami semua ala-ala boria kampong pisang. Ngehahaha. Kali ini rasanya berbaloi-baloi masuk ke Legoland berbanding masuk Universal Studio Singapore sebab Farzana dah semakin besar. Semua permainan dia dapat main walaupun masih ada perasaan gugup. Dah nama anak Mohd Fauzi Zainuddin...jek ngan hadiah sikit je dia sanggup naik roller-coaster yang boleh buat jantung tercabut tuh!!. Ibu hanya mampu gelak je tengok korang terpekik terlolong kat atas tuh. Kalau tak mengenangkan sakit...dah lama ibu join korang semua. Next trip kami dah plan nak ke Taman Tema Hello Kitty pulak kalau ada rezeki (sambil berangan nak pakai baju sedondon pinko pulak!!). Hehehe babah sporting je pakai baju kaler pink.  InsyaAllah. 

Cinta Hati Saya
selpie shopping katanya!!
Dragon's Apperentice
Farzana cakap jantung dia hilang!!

Lego Kingdom
berangan jadik bangsawan
Boys will always be boys!!

kami yang swag!!

jantung Farzana hilang lagi!!
Bomba la pulak!!
Minah lentok babah
mother daughter pose!!
asben sapo la yang encem tuh!!
sweetnya la hai...

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust