R.I.P our dearly Sushi

SUSHI
27 December 2011 - 6 Oktober 2013

Tiada lagi jam loceng berbulu yang setia mengejutkan babah supaya bangun solat subuh
Tiada lagi dengkuran manja berbaur dengki di telinga semasa babah bersenang-senang dengan ibu 
Tiada lagi penunggu setia di muka pintu yang dapat menghidu bau babah dari jauh tika pulang dari kerja
Tiada lagi pengganggu yang sering membuat babah naik hantu tika sibuk membuat kerja 
Tiada lagi aksi manja yang dibuat-buat dengan harapan dapat menarik perhatian babah

Babah pasti rindu mengusap muka kamu yang gebu itu
Babah pasti rindu melayan kehendak kamu tiap kali meminta makanan
Babah pasti rindu menimang kamu seperti anak kecil yang nakal

Kami rindu gelagat manjanya...
Kami rindu keletah gediknya...
Kami rindu SUSHI selamanya...


bz day for him


Balik dari kerja mesti layan Sushi dulu...
Suka kacau babah baca paper
Sebok je nak tolong!!
Suka kena timang
Tupai ni nampak macam sedap je babah!!
Timang lagi...
Babah & Sushi
kalau balik kampung mesti nak tidor
sebelah babah jugak!
Suka sangatlah dapat pelok babah!!
Position tidor favourite
xtvt harian dengan babah
Paling suka tidor atas bantal kepala babah


budak bulus manja
Last pic of Sushi

p/s: Babah selalu cakap...Sushi tiada galang gantinya,
sebab dia dah jadi sebahagian dari keluarga kami. 

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust