HERO HATI KAMI SELAMANYA
Babah |
"Zana
sayang babah tak?".
Soalan
yang sering saya tanya kepada anak dara kecik kami...Nur Farzana.
"Zana
sayangggg babah".
Jawab
si kecik tuh dengan sepenuh perasaan. Jawapan yang sangat polos dan naif.
"Zana
kena sayang babah tau sebab Zana cuma ada sorang je babah atas dunia ni. Takde
dua...takde tiga. Satu je sampai bila-bila".
Anak
dara tu cuma mengangguk je tanda faham.
"Zana
tau tak babah sayang sangat kat Zana dan ibu. Sian babah penat kerja siang
malam cari duit untuk kita. Babah tu sanggup buat apa saja untuk kita asalkan
Zana dengan ibu tak susah. Zana kena dengar cakap babah tau. Jangan sesekali
lawan cakap babah. Sian babah nanti...". Sebaik mungkin saya
cuba menyusun ayat menggunakan perkataan yang senang untuk difahami oleh anak
kecil berusia hampir 5 tahun. Selalunya Farzana akan mengangguk tanda dia
faham. Okeh next question!!
"Babah
hensem tak!!".
Saya
suka betul tanya soalan cepuput cenggini kat Farzana. Sengaja nak menguji tahap
kepekaan dia.
"Hennnsemmmm
la ibu....".
Kebiasaannya
jawapan Farzana ni akan diikuti dengan lirik mata nakal dia. Siap main
siku-siku lengan saya lagi. Hoh!!. Mak Jemah sangat si Farzana nih. Saya pulak
cuma mampu tergelak aje.
"Ye
ke. Hidung kembang pun hensem ek".
Sengaja
saya sakat dia. Masa ni Farzana akan buat muka confius. Hihihi.
"Ye
la. Ye la. Memang hensem punnn. Kalau tak hensem takkan la ibu kawen ngan
babah!!".
Masa
ni kami berdua akan gelak mengilai sama-sama. Hehehe. Gegurlz Talk sangatkan...
Nur
Farzana masih lagi kecil dan pemahamannya terhadap apa yang cuba saya sampaikan
mungkin masih lagi terhad tetapi melalui pemerhatian saya...daya ingatan
dan pemerhatiannya sangat tajam. Apa saja pesanan atau nasihat yang cuba kita
sampaikan akan dituruti dengan baik. Alhamdulillah. Memang betul cakap hubby
saya selama ini. Elakkan anak-anak memakan bahagian organ dalaman (ayam/lembu),
ikan bilis yang hendak dimakan hendaklah dibersihkan kepalanya terlebih dahulu,
sentiasa memastikan makanan yang hendak dimakan mempunyai logo halal yang
disahkan oleh JAKIM dan yang paling penting pastikan makanan yang diberikan
adalah dari hasil titik peluh kita yang halal. InsyaAllah hasilnya kita akan
memperolehi anak-anak yang cerah mata hatinya. Secara peribadi, saya merasakan
dalam hal mendidik anak, hubby saya lebih banyak membentuk peribadi Farzana
berbanding saya, walaupun secara lahiriah, Farzana ternyata lebih rapat dengan
saya. Realitinya, apabila berada di rumah pun, tugasan seperti memandikan
anak, menidurkan anak dan membuat susu akan dibuat oleh suami saya. Bak
kata Farzana...ibu buat susu tak best!!. (Hahaha. Takpe la...ibu tak kecik hati
pong!!). Babah diwajibkan memandikan Farzana kerana kebiasaannya pada waktu
pagi saya sibuk nak menguruskan umah. Mana nak kemas katil lagi...nak vakum
satu umah lagi...nak mop rumah pulak...nak buatkan breakfast lagi...nak melayan
kucing-kucing yang kelaparan lagi...pastu tak lama lepas tu nak masak untuk
makanan tengahari lagi. Ohhai...saya cuma ada 2 pasang kaki dan tangan saja
ye. Kelebihan saya adalah kerana mempunyai mulut yang boleh mengarah itu dan
ini sambil saya menyiapkan segala kerja rumah (dah biasa buat kerja mengarah dan diarah kat opis). Sebagai seorang babah, suami saya akan memastikan Farzana akan
sentiasa gembira apabila bersama dengan kami. Hubby berpendapat anak-anak ini jika banyak diberikan perhatian dan curahan kasih sayang, dia akan lebih yakin dengan dirinya sendiri. Sebab itu, hubby akan sentiasa
merancang aktiviti keluarga yang boleh kami lakukan bersama setiap kali hujung
minggu tiba supaya Farzana merasakan dirinya sentiasa dihargai. Seboleh mungkin
hubby akan menuruti kehendak Farzana walaupun kekadang saya sebagai ibu tidak
berapa setuju dengan tindakan suami. Anak kecil ni kekadang jika terlalu
diturutkan kehendak mereka...lama-lama boleh spoil jadinya. Kebiasaannya
saya cuma menjadi pemerhati bebas je dulu. Bila nampak babah dan anak semacam
dah lupa daratan sikit...masa tu la saya akan bertukar dari Fairy God Mother
kepada Shrek!!. Hahaha. Dah kena sepatah dua puluh kata dari ibu...baru babah
dan anak kecut perut. Kihkihkih. Antara lain, suami saya juga sering
mengingatkan diri saya agar jangan memungkiri janji sekiranya kita sudah
berjanji sesuatu dengan anak. Seperti yang kita dan sedia maklum, anak-anak
sememangnya amat prihatin terhadap apa yang kita perkatakan pada mereka
terutamanya janji yang kita taburkan. Selagi belum kita tunaikan...selagi itu
janji akan dituntut. Waima perkara-perkara yang mungkin bagi kita nampak remeh
(contohnya seperti berjanji nak bawak Farzana makan aiskrim di Baskin Robin)
pun hendaklah dipenuhi. Menurut hubby, perbuatan memungkiri janji hanya akan
menyebabkan anak hilang kepercayaan dan juga keyakinan kepada kedua ibu dan
bapanya pada masa akan datang. Oleh sebab itu, sekiranya hubby tidak dapat
memenuhi janjinya pada Farzana, suami akan menerangkan kepada Farzana kenapa
janjinya tidak dapat ditunaikan dan kebiasaannya hubby akan cuba memenuhinya dilain masa. (Fuhh...nasib baik Farzana jenis yang senang mendengar kata.
Hihihi). Apapun suami saya merupakan seorang yang sangat berlemah-lembut
terhadap anaknya. Jarang sekali saya lihat suami memarahi Farzana kecuali
PERLU!. Belum pernah sekalipun saya melihat suami memukul Farzana sekiranya
anak dara kami tu ada berbuat salah. Kebiasaannya, hubby saya lebih suka
mengambil pendekatan menasihati anak dengan kata-kata yang baik. Selalunya
apabila dinasihati, Farzana pasti akan mengalirkan airmata. (Tersentuh hati la
tuu...). Usai dinasihati oleh babah, menjadi kewajipan Farzana untuk meminta
maaf kepada babah dan ibu serta berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan
yang sama dikemudian hari. Pepatah ada mengatakan, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sebab itu saya amat bersetuju dengan cara didikan suami kerana
secara tidak langsung, kita bukan hanya mendidik anak agar menjadi
seorang yang bertanggungjawab malah turut mendidik anak agar menjadi seorang
yang merendah diri dan tidak takut untuk mengakui kesalahan sendiri.
Persepsi saya mengenai betapa hebatnya peranan
seorang bapa dalam mencorak hidup anak tidak pernah berubah. Saya membesar di hadapan seorang yang bergelar ayah yang banyak membentuk jatidiri saya sendiri, dikurniakan seorang ayah mertua yang menerima diri saya seadanya...dan sangat bersyukur memiliki seorang suami yang banyak mengajar saya erti sebuah keluarga sakinah. Saya percaya
bahawa Allah SWT menjadikan fitrah lelaki sebagai seorang pemimpin kerana sebagai
bapa, amanah dan tanggungjawab ini sangat besar untuk digalaskan dibahu mereka.
Sewajarnya seorang bapa menunaikan amanah Allah ini dengan mendidik anak menjadi
anak-anak yang soleh dan solehah. Jadi, buangkan ego kita jauh-jauh demi membina keperibadian anak yang cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Thanks for being such a special dad - so dependable and strong too...
Thanks for all the love you show, the happiness you bring...
Thanks BABAH for everything...
'SELAMAT HARI BAPA'
Like Father Like Daughter |
Comments
Post a Comment