|
Keterujaan melanda diri... |
8 - 9 Mac 2013....kami sekeluarga ke Cameron Highland. Alhamdulillah perjalanan memang menyeronokkan. Kami 3 beranak dah plan macam-macam aktiviti sekiranya dah sampai di sana. Antara acara wajib kami adalah memetik buah strawberry...singgah ke ladang teh dan jugak shopping sayur. Seperti biasa...Farzana la yang paling teruja. Sebelum ke Cameron Highland, kami sempat melawat site melihat perkembangan rumah Mak Ani dn Pak Nozmi yang bakal siap tak lama je lagi. Alhamdulillah dah naik tiang pun. Tak lama lagi siap la teratak impian mak dan ayah kami. Lepas ni seronok la kami anak cucu dapat merasa suasana kampung tiap kali balik raya. Rumah pun besar dan tanah pun luas. Seronok cucu nak main kejar-kejar. Rumah yang bakal didirikan ini dibuat di atas tanah pusaka keluarga Mak Ani. Memang strategik sebab kedudukannya yang agak tinggi di atas bukit menjadikan pemandangannya sangat cantik. Kami adik beradik sepakat berkongsi duit untuk merealisasikan impian mak dan ayah. Terima kasih kepada Azrin sebab tanpa usaha dari dia...tak mungkin impian mak dan ayah akan terlaksana. Hakikatnya memanglah seronok tapi nak menghadap karenah Mak Ani yang mengalahkan Arkitek buat KLCC tu yang paling kami semua tak tahan. Pening kontraktor nak buat kerja sebab hari-hari dia suruh tukar pelan. Mak Ani Oh Mak Ani!!. (#saborjekiah)
|
Ir. Mak Ani |
|
Ntah apa la Ir. Mak Ani dok pikir tuh!! |
Berbalik kepada cerita Cameron Highland pulak, kami check in di Century Pines Resorts, Tanah Rata. Harga dan bilik sangat berpatutan dan paling best sebab ada bathtub. Selesai urusan check-in, tanpa membuang masa kami terus memulakan aktiviti memetik buah strawberry di Strawberry Farm. Harga yang dikenakan sebanyak RM25 sekali masuk jugak agak berpatutan. Rasa macam VIP pulak sebab hanya kami je yang masuk dan diescort oleh tuan empunya ladang. Jenuh la kami anak-beranak dok petik buah strawberry yang besar gedabak tuh. Sempat jugak kami berposing dengan bunga-bungaan yang ada dan membeli sedikit jajan buat habuan. Selesai aktiviti memetik strawberry, hubby membawa kami mendaki Gunung Berinchang pulak. Perghhh...penat sampai kembang2 lobang hidung sebab mendaki menaiki Frontier. Hikhikhik!!. Pemandangan sepanjang pendakian sangatlah mempesonakan sebab kita dapat melihat deretan-deretan ladang Teh Boh Plantation. Snap...Snap!!. Semasa pendakian turun...kami berpeluang mengajak pasangan Swedish untuk menumpang kereta kami. Kebetulan keadaan dah semakin gelap...apa salahnya berbuat dan bersangka baik. Seronok jugak kami bersembang disamping bertukar-tukar fikiran. Bila dah turun dari Gunung Berinchang, kami sempat ke pasar malam Berinchang. Perut pun dah lapar jadi memang elok la kami borong makanan kat situ. Farzana sibuk nak makan Strawberry Cokelat dan madu asli. Merasa la jugak ye. Disebabkan saya ni penggemar jagung, maka hubby belikan saya jagung mutiara Cameron. Perghhh manisnya walaupun harganya agak mahal (RM3 setongkol!!). Apapun...jangkaan kami bahawa penduduk yang bermastatutin di Cameron ni kaya-raya adalah meleset sama sekali. Macamana nak kaya kalau barang makanan semuanya mahal-mahal belaka. Aktiviti kami tak terhenti di situ sahaja sebab kami dah plan aktiviti yang paling best bila balik hotel nanti. Jeng...jeng...jeng!!! Apalagi...cuba bayangkan 3 beranak berkubang dalam bathtub sebab nak berendam dalam air panas. Hehehe buruk benor ghopenya.
|
Century Pines Resorts |
|
outdoor view |
|
plucking strawberry |
|
tak pernah elok kalau suruh pose!! |
|
petik strawberry tau...bukan cabut pokok |
|
geramnyer... |
|
tamak haloba menguasai diri |
|
overload...hihihi |
|
flowery |
|
Boh Plantation, Berinchang |
|
Peace...sejok!! |
|
taken by Farzana |
|
perasan buat video clip |
|
Salute to PDRM |
|
finally...Gunung Brinchang |
Disamping menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta, hubby turut mengambil kesempatan terlibat sama dengan aktiviti mengayuh basikal melalui 'Thompson Trail'. Pada hari Ahad (9/3/2013) telah berlangsung kayuhan yang berkonsepkan funride anjuran team KayuhBeb dan telah disertai oleh 60 orang bikers. Seawal jam 6.30 pagi lagi hubby telah bersiap sedia untuk memulakan kayuhan yang bermula di Kg. Habu. Cuaca dan suhu pada pagi itu teramatlah sejuk dan kebetulan hujan sepanjang hari. Sedang kami masih syok lena dibuai mimpi...hubby terpaksa menahan diri dari rasa sejuk yang amat!!. (#sendirimauingat). Menurut cerita hubby, kayuhan bermula seawal jam 7.30 pagi dan laluan sepanjang kayuhan sangatlah mencabar. Kalau tak siapkan diri fizikal dan mental...memang takkan dapat menghabiskan kayuhan sejauh 44km. Bayangkan kena kayuh basikal bermula jam 7.30 pagi - 2.30 petang dalam keadaan basah lenjun akibat hujan. Belum masuk cerita trail up-hill dan down-hill yang agak mencabar lagi. (#sendiricaripenyakit). Kihkihkih.
|
Bikers sejati |
|
senyum padahal penat tuu... |
|
alhamdulillah selamat |
|
basikal dah macam belacan |
Walau apapun...saya pasti hubby merasa puas dengan aktiviti yang dilakukannya. Good Job Abang!!. Sepanjang hubby mengayuh tu...saya dan Farzana melakukan aktiviti ibu dan anak iaitu ronda-ronda pekan Cameron sambil memborong sayur. Naik rambang bijik mata tengok sayur-sayuran yang segar. Ikutkan hati nak je borong banyak-banyak buat habuan kengkawan pejabat tapi memandangkan cuaca pada hari tu sangat lebat hujannya...maka saya cuma rembat yang mana sempat aje. Sebelah tangan nak pegang Farzana...sebelah tangan nak pegang payung...dua-dua tangan dok jinjit beg plastik sayur...tambah lagi hujan mencurah-curah. Ohh tidakkkk!!!. Rasa macam cerita Oshin pulak!!. Apapun...yang pasti kami semua enjoy!!!
Comments
Post a Comment