Aku Terima Nikahnya ~ Azian & Mustah

Akad Nikah : 8 Februari 2013
Resepsi      : 9 Febuari 2013
Bertandang : 12 Februari 2013


"Haishhh. Kak Ani ni memang ramai anak perempuan ye. Seronok betul asyik kenduri je!!". 
Itu ayat standard jiran tetangga a.k.a Kak Nam Dua Belas tiap kali Mak Ani sua kad jemputan kahwin. Hihihi. Dah macam trending pulak. #Kau Ada!!. Bagi mengelakkan kekeliruan, terpaksalah Mak Ani buat explaination susur galur jumlah anak dara yang dia ada bermula dari anak sulungnya sampai la yang paling bongsu. Bak kata Adibah Nor dalam iklan Ketupat Beras Faiza..."dah macam tape recorder plak nak kena rewind banyak kali!!". Huhuhu. Tetiba timbul kesedaran dihati...biar miskin harta...jangan miskin anak. Tssk...tssk...(masa ni terus sarung baju kelawar pastu catwalk depan hubby betul-betul depan pintu bilik tidur. Eh!!). Pembukaan tahun ular nih, kami sekeluarga berasa sangat teruja meraikan penyatuan dua jiwa antara adik ke-5 saya iaitu Nor Azian & Mustah. Kalau sebelum ini Pak Nozmi dan Mak Ani dah dapat menantu berjawatan Pegawai Sukan (asbenku), Pegawai Bomba (asben Azrin)...kali ni tambah lagi 5 rencah 5 rasa kasi sedap...dapat menantu Engineer Sony Factory di Penang. TV Flat screen yang ada kat rumah korang berjenama SONY tu...dia la yang buat R&D. Engineer muda lagi...banyak lagi pengalaman nak kena kutip. Huhuhu. Kalau nak bukak balik sejarah percintaan mereka berdua nii...5 hari pun tak habis kalau nak cerita. Dipendekkan cerita, mereka berdua ni dah kenal lama sejak mula-mula masuk MRSM Grik lagi. Hmm. Kecik-kecik dah pandai nak cintan-cintun ye. Mak suruh pegi belajor...bukan feeling filem Sembilu!!. #Sentap!!. Ntah macamana hubungan mereka terputus setelah masing-masing bawak diri ke manara gading. Sorang masuk Universiti Teknologi Petronas...sorang masuk UiTM. Ibarat pepatah lama...ikan di laut, asam di darat. Akhirnya bertemu dalam belanga jugak. Hmm. Part ni kita kena terima qada' dan qadar dari Allah SWT andai sudah tertulis jodoh kita dengan dia...pusing la satu dunia sekalipun...tetap akan bertemu jodoh yang telah ditentukanNya jua. Alhamdulillah. Majlis perkahwinan kali ini mengambil tema Sakura. Semuanya bertemakan Pinko @ merah jambu walaupun hakikatnya Pak Nozmi sangat tidak suka dengan kaler pink. Hikhikhik. (Ada ke nak suruh Polis pencen pakai pink. Huh. Hilang macho Pak Nozmi seminggu). Seperti kebiasaan, kami satu keluarga akan sepakat mencari pakaian yang bersesuaian dengan tema yang telah ditetapkan oleh pengantin. Penat babah dan ibu pusing satu Mid Valley cari baju Flower Gurl untuk digayakan oleh Farzana. Jangan tak tahu...anak dara kami punya la semangat sampaikan sanggup praktis berjalan depan Uteh (Azian) dia sambil pegang bunga tangan. Terkedek-kedek dia praktis berjalan dalam rumah nak bagi betul alignment. Hihihi. Alhamdulillah...majlis akad nikah berjalan dengan baik sekali. Nasib baik Mak Ani dengar cakap saya supaya menggunakan khidmat katering sahaja untuk majlis kesyukuran. Kalau masak sendiri...jawabnya kami adik-beradik la yang pening kepala melayan kelam kabut mak tuu. Penuh sesak rumah kami dengan rombongan Mus sebanyak 7 buah kereta. Walaupun rumah kami kecik tapi besar hati kami semua menyambut kedatangan keluarga baru dari Kelantan. Majlis Resepsi yang diadakan pada keesokan harinya juga berlangsung dengan meriah sekali. Alhamdulillah. Terima kasih kepada suami, adik-beradik dan juga saudara mara yang bertungkus lumus pada hari tersebut. Walaupun penat tapi kami semua sangat berpuashati dan berasa sangat gembira. Selesai majlis resepsi di Tapah...keesokkannya kami terus pecut ke Kelantan untuk majlis bertandang pulak. Walaupun dah biasa ke Kelantan menggunakan laluan Grik tapi kali ini sangat terasa kepenatannya. #Pengsan!!. Konon-konon majlis bertandang tapi kami sekeluarga feeling-feeling family day pulak kat sana. Sempat lagi berjalan-jalan makan angin dan shopping di Kota Bharu. Sempat jugak buat lawatan mengejut ke rumah kami yang telah disewakan di Pasir Puteh. Penyewa Oh Penyewa. #sedeh!!. Cerita bab adik ipar baru kami nii...dia ni merupakan seorang anak peneroka Felda Kemahang yang berjaya. Nama je tinggal di Felda tapi rumah mereka...MasyaAllah...banglo batu yang besar-besar belaka. Tak nampak satu pun rumah yang diperbuat daripada kayu. Alhamdulillah...kami pun tumpang seronok. Masyarakat luar seharusnya membuang persepsi negatif bahawa Kelantan adalah merupakan sebuah negeri yang mundur kerana pada hakikatnya pemerintah mereka berjaya membangunkan negeri sendiri mengikut acuan tersendiri berlandaskan hukum Islam. Sebagai seorang islam dan berbangsa melayu...saya sangat berbangga dengan pembangunan negeri Kelantan. (p/s: sila hantok kepala sendiri sebab kami adik-beradik semuanya dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan. Anak Polis le katakan...). Selesai urusan bertandang, masa untuk kami pulang ke Perak pula. Sekali lagi penat sampai nak pengsan. Farzana dan sepupunya pun hanya tido kepenatan sepanjang jalan. Itu pun setelah kena bebel dan dipaksa tidor sebab mereka ni tak reti-reti nak rehat. Asyik pot pet pot pet main ntahapapa kat seat belakang tuu. Adoiii. Apapun yang penting...Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik semuanya selamat. Buat Azian & Mus...Yong mendoakan semoga perkahwinan yang dibina atas rasa cinta ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Sentiasa ingat...syurga isteri ada pada suami. Rajin-rajin la mengamalkan sembahyang berjemaah bersama untuk mengukuhkan lagi perhubungan antara suami dan isteri. Suami kena belajar merendahkan ego dan isteri kena sentiasa berlemah-lembut dengan suami. (Pesanan untuk diri sendiri jugak ni...). InsyaAllah Yong akan sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga Pak Nozmi. Alhamdulillah.


Nor Azian & Mustah
Alhamdulillah...sah!!
Tenaga kerja yang banyak menyumbang jasa
'Tukang Sebok' - sila abaikan si muncung merah
p/s: Farzana mintak Mak Andam kalerkan mulut dia sendiri.
Pengsan Ibu...tau2 dah merah menyala!!
kami memang pantang dengan kamera!
Sekali je akad...Alhamdulillah
Me & Arin tetiba kena jadi pengapit

sessi air mata berjujuran

masa untuk kami test pelamin sebelum akad nikah
Welcome to Nozmi's
Tasha, Azman, Azrin, Azian & Fathin.
Azlina je takde...
Dah makin besor anak dara kami.
Siap handbag berbagai. Haishhh!!
gambar paling gedik jatuh pada Ewan (baju purple)
...suami si Azrin
tuan tanah pun tak sempat nak simpan buat kenangan
POV

Sakura Fondant Cake
Masa ni Mak Ani dah mula kalut...
*pengsannn*
'Centre of Attention'
Selagi Farzana tak jalan...pengantin tak boleh gerak ye!!
Tak pasal2 Babah & Ibu kena escort dia atas red carpet
Our dearest daughter

Duta Slimworld ada...Duta SDII ada...Duta Jamu Mak Dara ada...
Teett!. Semua tak available ye!!
Hikhikhik
Pengantin dah datang...yeayyy!!
Kali ni Fathin pulak jadi pengapit...
Bride & Bridegroom masuk ke dewan
p/s: masa ni tetamu bukan tengok pengantin
tapi tengok FlowerGurl pakai veil tutup muka
Pinko-Pinko
Thanks to Haliza Mat Kharsa & Faizal sekeluarga
Terima kasih keluarga hubby sudi datang...
Keluarga baru Azian Nozmi
Makan budu le kamu ye nanti...

semoga silaturrahim terjalin sampai ke akhir hayat

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust