Mega ReUnion XKresma 2012
Tarikh : 29 - 30 September 2012
Venue : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor
KRESMA
Sejak saya mula melangkahkan kaki ke UiTM lagi, saya telah pun berkira-kira untuk melibatkan diri dengan kelab yang aktif dengan xtvt rekreasi kerana semenjak dari zaman persekolahan lagi saya memang seorang yang agak lasak. Banyak kenangan dan pengalaman yang saya kutip sepanjang melibatkan diri dengan Kresma namun kemuncaknya apabila saya terlibat dengan xpdc memanjat Gunung Tahan. Pengalaman mendaki yang paling berharga bagi diri saya sendiri walaupun sebelum ini saya sudah biasa mendaki gunung-gunung yang lebih rendah dari Gunung Tahan. Lebih berharga kerana hubby sendiri turut sama dalam xpdc tersebut. Secara tidak langsung memudahkan lagi pendakian saya kerana mempunyai 'potter' merangkap 'body-guard' peribadi. Hehehe. Selain dari itu, ahli kelab Kresma terutamanya hubby sering memasuki pertandingan lasak seperti Wall Climbing ataupun acara sukan yang melibatkan air seperti kayak. Selain dari mencari kepuasan diri...dapat juga mereka bersosial dan juga mencari duit poket sekiranya menang dalam pertandingan tersebut. Saya pula lebih selesa menjadi penyokong setia a.k.a tukang sorak setiap kali hubby bertanding. Sesekali kalau terasa nak lepaskan gian barulah saya join sama memanjat Wall. Chaiyok!!!. Oleh sebab itu ReUnion XKresma kali ini amat bermakna buat saya dan hubby. Selain dapat berkumpul dengan teman-teman lama dan juga baru ...dapat juga kami mengeratkan kembali silaturrahim yang agak renggang kerana masing-masing telahpun berkeluarga dan hidup merantau. Paling seronok apabila dapat melihat telatah dan keletah anak masing-masing. Boleh dikatakan hampir ke semua anak-anak XKresma mewarisi perangai lasak ibu dan bapa masing-masing kecuali Farzana yang suka pose cantik 24 jam. Hahaha. Pening kepala babah nak train anak dara dia supaya lasak. Kalau anak-anak lain sibuk merengek nak main flying fox dan memanjat wall...Farzana lebih selesa dengan dunianya sendiri hinggakan mendapat gelaran GORGEOUS BABY oleh Kresmania kerana sentiasa kelihatan cantik dan bergaya mengalahkan ibu dia. Hehehe. Walaubagaimanapun, Farzana berjaya memecah rekod peribadinya sendiri kerana berani membuat flying fox. (video masih dalam proses editing...nanti2 baru nak upload). Itupun setelah babah berjanji untuk membelikan Farzana anak patung Barbie dan memenuhi syaratnya yang lain iaitu ibu haruslah join sama. (Haishhh...rasuah nih!!). Demi anak dengan harapan Farzana dapat mengatasi rasa takutnya itu, ibu turutkan juga walaupun ketika itu saya masih dalam tempoh berpantang. Huhuhu. Sengal-sengal datang balik ye!!. Apapun...good job Farzana. 2 hari berkampung di Lembah Pangsun, kami disajikan dengan pelbagai xtvt keluarga. Anak-anak seronok...mak bapak teruja. Walaupun jarang-jarang dapat berjumpa...perangai lama XKresma masih tetap sama. Kalau dah nama Kresma tu...sampai bila-bila akan tetap menjadi Kresmania. Seperti mana moto Kresma...NO BORDERS. NO BOUNDARIES. NO BARRIERS.
Oppps!! |
Diva Viva...kalau pose memang no.1 |
ibu dan Farzana ready to work out |
xtvt wajib adalah mandi-manda |
Revolusi mantan Pengerusi XKresma & Kresma (p/s: sila lihat saiz perut ye!) |
Anak-anak XKresma sangat hyper! |
Junior Kresma (geng anak daro!!) |
kaum ibu-ibu senior XKresma |
kaum bapak-bapak senior XKResma |
Farzana & Sumayyah (cantik anak Mat Jue nih...) |
check in chalet |
kanak-kanak Ribena |
Purple Glam (she always wanted to look like me...) |
Oppa Gangnam Style (Burok kelakuan sorang2. Hahaha!!) |
game pecah belon |
majlis tahlil untuk yang telah pergi... |
semuanya khusyuk dengor arahan instructor |
steady je semua... |
personal trainer for lil' sumayyah (...macam ni baru betul2 anak XKresma) |
video edited by Tisshot...1st time ever!!
Comments
Post a Comment