Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk kita bertemu dengan bulan penuh barakah dan keberkatan ini. Kali ini saya berkesempatan melakukan sembahyang terawih di Masjid Besar Shah Alam, Masjid Merah dan Masjid Besi Putrajaya. Peluang yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk berdoa agar Allah SWT memakbulkan permintaan saya serta memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Semoga Allah SWT mengasihani saya sekeluarga. Insyaallah. Sememangnya Ramadhan pada kali ini membawa seribu makna buat diri saya kerana kebetulan cuti semester bermula sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah dapatlah saya menjalani ibadah puasa tanpa perlu mengejar date-line kerja sekolah yang menimbun. Seperti kebiasaan, kerja-kerja di pejabat pun semakin berkurangan tiap kali Ramadhan menjelma bagi memberi peluang kepada staff untuk berehat dan memberi tumpuan kepada ibadah. Terima kasih Boss!! Dapatlah jugak saya balik awal dan menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Kesempatan yang ada juga saya dan suami gunakan untuk pulang ke Tapahville dan Kuala Kangsar. Rasa tak sempurna puasa kalau tak balik ke kampung dan berbuka bersama keluarga. Pertama kali untuk tahun ini saya menyambut puasa di kampung mertua dan merasa berbuka dan bersahur bersama keluarga suami. Meriah betul rumah Pak Din dan Mak Zainah bila anak-anak pulang dan berkumpul di kampung Sayong untuk menyambut puasa. Walaupun cuma 4 keluarga sahaja (saya, Kak Nine, Nurol & Ila) yang berkumpul tetapi kemeriahannya tetap terasa ditambah pulak dengan keletah cucu-cucu Mak Zainah yang tak makan saman tuh terutamanya Haziq dan Dina. OMG!! Nasib baik Mikhael kecik lagi...kalau tak mesti dia pun join sama. Hehehe.
|
Balik Kampong Sayong |
|
Farzana dalam mood Ramadhan |
Secara peribadi...Ramadhan kali ini sangat-sangat memberi makna buat diri saya sendiri kerana tanpa saya duga...saya dan suami mendapat perkhabaran yang paling gembira apabila saya disahkan hamil. Syukur Ya Allah kerana memakbulkan doa saya dan terima kasih kerana mendengar suara hati saya yang tak pernah putus berdoa. Sememangnya berita gembira ini saya anggap sebagai rezeki dari langit Allah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Subhanallah. Allahuakbar. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Sememangnya saya dan suami tidak menjangka dengan kehamilan ini walaupun sebelum ini dah ada tanda-tanda yang kami sendiri tak sedari. Saya masih ingat lagi apabila 2 minggu sebelum kami pulang ke Sayong...dalam diam-diam, saya terlihat Farzana menghisap ibu jari kaki dia sendiri. Hahaha. Bila saya tegur dan marah dengan kelakuan pelik Farzana tu dan tanya samada dia nak adik ke...si kecik tu senyum-senyum kambing je. Keesokannya selepas saya selesai solat Zohor sambil melipat kain telekung...tetiba Farzana datang dan memegang perut saya sambil cakap "Ibu...ada baby dalam perut ye!". Tersentak sekejap dengan gelagat budak kecik ini kerana saya menganggap Farzana saja nak bergurau dengan saya. Kemudiannya, semasa kami bertiga duduk bersantai sambil menonton tv...tiba-tiba Farzana bertanyakan soalan cepuput pada babah dia "Babah nak baby boy ke girl?". Sekali lagi saya tersentak. Itu baru cerita tentang kelakuan pelik Farzana...belum masuk perangai pelik Sushi...kucing hubby saya. Dalam pada masa yang sama, saya perhatikan Sushi semakin manja dengan saya. Tak pernah-pernah dia berkelakuan pelik sampaikan tetiba Sushi ni naik duduk atas perut saya sambil gigit-gigit manja jari jemari saya. Tidor malam pun Sushi nak melepek dengan saya. Kebiasaannya Sushi cuma manja dengan babah dia je. MasyaAllah...Allah tu Maha Mengetahui. Allah SWT dah bagi tanda-tanda depan mata saya tanpa saya sedari rupanya. Syukur alhamdulillah sangat-sangat. Bila difikirkan balik...terlalu banyak keberkatan yang saya dapat apabila hamil di bulan Ramadhan ni. Antaranya...saya dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh selama 30 hari. Alhamdulillah saya tak mengalami masalah 'morning sickness' lagi cuma saya kerap sakit-sakit pinggang dan kejang pada bahagian kaki. Mungkin sebab hari-hari kena turun naik tangga sampai ke tingkat 4 kot!. (lif rosak tapi takpe la...anggap je exercise). Kerja 'production' pun tak banyak sangat pada bulan Ramadhan ini jadi dapatlah saya berehat dari buat sebarang kerja yang lasak. Terima kasih kepada BFF dan rakan pejabat kerana sanggup berkompromi kerja dengan saya dan memahami keadaan diri saya yang sedang hamil anak sulung. Terima kasih pada adik saya Azian jugak. Rupanya ada hikmah dia duduk menumpang buat sementara di rumah saya. Kurang-kurang ada jugak adik yang nak tengok-tengokkan saya sekiranya suami terpaksa out-station. Selalu jugak dia jadik penasihat saya supaya sentiasa menjaga diri sendiri. Syukur alhamdulillah. Saya dan suami mengharapkan agar rumah baru kami yang dijangka siap pada bulan Oktober ini cepat-cepat siap. Jadi tak perlu lagi saya nak panjat tangga bila keadaan saya semakin sarat nanti.
|
'positive' |
|
6 minggu nan indah |
|
mom-to-be with BFF |
|
Bby Bunga & Bby Aisy...hmm nak boy or gurl?? |
|
sushi mushi |
Ya Allah Ya Tuhanku. Terima kasih kerana mendengar permintaan hambamu ini. Terima kasih kerana tidak mematikan aku dalam keadaan aku tidak mempunyai zuriat. Ya Allah Ya Tuhanku. Berikanlah aku kekuatan, kesabaran dan ketenangan sepanjang kehamilanku ini. Lindungilah kandunganku sehingga aku selamat melahirkannya nanti. Semoga zuriat kami ini lahir dalam keadaan sempurna sifatnya, sihat tubuh badan dan menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.
Alhamdulillah, TAHNIAH !
ReplyDeleteJaga kandungan dgn pemakanan yg sihat. Cuma jgn terlalu xcited sgt di awal2 kehamilan.
Yg penting think +tive.
Insya'allah berkat doa dan penjagaan yg rapi bakal melahirkan anak yg sihat dengan normal.
Amalkan surah Maryam - insya'allah akan mempermudahankan ketika bersalin.
Thanks kak nine. Insyaallah mmg tasha amalkan apa yg kakak2 senior suma pesan. Jaga makan...jaga kelakuan...jaga bahasa...jaga ibadah...surah2 pilhan pun tasha dah mula baca since dah tau pregnant. Sama2 doakan yg baik utk kami berdua...insyaallah.
ReplyDeletesayu bc entry akak nie...tahniah..alhmdulillh..Allah sgt penyayang..br peluang tuk akak tuk menjd ibu..moga anak n akak sht2 jer.... amalkn doa nabi yunus "lailahailla anta..subbahanaka inni kuntu minazzolimin" moga Allah pemudhkn segala tuk akak n bby..insyaAllah
ReplyDeleteThanks ila. Insyaallah akak amalkan bacaan tu...
ReplyDelete