sesekali team Hiburan TV berlibur...

Family Unit Hiburan TV


11 April 2012 yang lepas, team Unit Hiburan TV berhari keluarga di Permaisuri Beach Resort Port Dickson. Kesibukan yang melanda...ditambah pulak dengan program-program tv yang tak pernah putus menyebabkan agenda Family Day selalu tergendala. Kali terakhir kami berfamily day adalah kira-kira 6 tahun lepas. Fuyohh...lamanyer. Bayangkan. Kalau dulu kebanyakkan dari kami masih lagi anak dara dan teruna tapi kali ini boleh dikatakan hampir semuanya dah berkeluarga. Bermula dengan aktiviti pantai, kami semua dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Salam Pantai Timur (SPT), Tiada Lama Tiada Baharu (TLTB), Syok dan BRTM. Semua dah bersemangat termasuklah Farzana. Macam-macam game yang telah AJK anjurkan sampaikan sakit-sakit la badan saya sebab terlebih teruja bermain.  Selesai je aktiviti pantai...masa untuk aktiviti in-door pulak. Masa ni la nak dengar staff Unit HTV menyumbangkan suara. Hehehe. Farzana ala-ala terlopong bila tengok persembahan hebat dari Diva Azariel. Kihkihkih. Apapun, terima kasih kepada AJK Hari Keluarga (Azman Hashim, Phit, Achu, Farouq dan Sal) sebab berjaya mencuri masa yang ada untuk menganjurkan aktiviti seperti ini. Terima kasih daun keladi...lain kali make sure ada lagi. Hihihi!!. 

kita tak kawan sebab team lain-lain!!
anak-anak dara main pasir
budak kecik nak rebut cekelat
Yeahh...babah jadik anchor tarik tali walaupun slim...
BFF (Tisshot, Phit, Oja dan Ain)
Phit tengah susun strategi dgn NaQ...Farzana plak tgh blur2!!
anak-anak yang main...mak-mak yang overrr
farzana berjaya pergi semi-final kutip botol!!
Aaa...kena jadi mumia
azman hashim...seronok bunga keliling ye
akhirnya...sib baik menang
hahaha...sian NaQ kena buli ngan papa

pool time
...dgn boss baru HTV
Diva Azariel jadik babysitter
nettball kelapa kering!!!
geli hati tengok gelagat Farouq...

Comments

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

Ovum Pick Up (OPU)

My Journey to Baby Dust