Meet my new pet...HAKIKO.
|
HAKIKO |
Hakiko. Nama ni abah angkat dia yang pilih. Maybe sebab muka baby ferret ni macam Jepun kot. Hihihi...sangat comel dan adorable. Juz bought it yesterday kat Petworld Midvalley. Melayang la jugak berhetus-hetus tapi sebab dah jatuh cinta punya pasal...beli jugak. Hakiko ni spesis ferret atau dalam bahasa mudahnya...keturunan musang jugak. Antara keturunan yang sama spesis dengan dia ni adalah memerang, baggers, raccoon dan jugak Akon (musang pandan). Ferret adalah haiwan yang senang dipelihara cuma memerlukan perhatian yang lebih dari tuannya. Kita perlu bersedia dari segi kewangan dan masa kalau berhajat nak membela ferret. Kita perlu menyediakan tempat tinggal yang selesa dan luas sebab ferret suka tidor di dalam kawasan yang sejuk dan suram. Kena sediakan air yang secukupnya sebab ferret sangat aktif dan memerlukan masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk bermain. Lepas ni dah berangan nak bawak Hakiko pergi playground. Hehehe. Satu yang tak best pasal ferret ni...dia mempunyai bauan atau oddour yang kurang menyenangkan. Bauan ni datangnya dari kelenjar bau ferret itu sendiri yang digunakan untuk mem'protect' diri sendiri ataupun semasa mengawan. Tapi saya dapat info yang kelenjar ni boleh dibuang di mana-mana klinik haiwan cuma nak kena standby duit je la. Semalam saya dah mandikan dia dengan menggunakan baby shampoo for pet. Sib baik dapat hilangkan bau yang kureengg tuh. Hihihi. Lepas tu apalagi...kena gomol kat saya la sebab geram punya pasal. Walaupun muka Hakiko sangat cute tapi sebenarnya dia seekor baby ferret jantan yang baru berusia 5 bulan. Rupa fizikal Hakiko lebih kurang macam rupa Akon cuma Hakiko lebih jinak dan gentle berbanding Akon yang agak gangster dan cuma manja dengan saya je. Hehehe. Nampaknya rumah saya dah macam zoo sebab ada 2 ekor haiwan eksotik yang sangat cute. Ingatkan nak bagi Akon kawan ngan Hakiko. Rupanya ada yang jeles. Hehehe. Semalam saja test nak tengok kalau-kalau Akon dan Hakiko serasi bersama. Akon macam sangat curious dengan Hakiko sampai kembang bulu dan ekor dia tegak semacam je. Setahu saya...binatang yang berperwatakan sebegitu, maknanya dia merasakan dirinya dalam keadaan terancam. Nyaris-nyaris Hakiko nak kena terkam dengan Akon. Nasib baik saya cekap selamatkan Hakiko. Si kecik ni plak macam tak reti takut...masih nak pergi menyakat Akon. Hahaha. Saya sangat terhibur. Adik-adik saya pun dah teruja nak jumpa dengan Hakiko. Siap offer nak tolong bela lagi. Haippp...ibu dia sendiri pun tak puas lagi korang dah nak potong line ek!!. (Nitasha Nozmi...cukup-cukup la dok mengumpul pet walaupun awak tu seorang yang rajin menjaga haiwan. Lepas ni dah berjanji dengan diri sendiri...NO MORE PET!!!. Ayark...boleh caya ke!!).
|
burok kelakuan betul!!! |
|
lebih kurang Akon je gayanye... |
|
grooming himself... |
Comments
Post a Comment