Sonata with LOVE
Alhamdulillah...dengan izinNya saya dapat menjejakkan kaki ke Korea. Masih teringat lagi antara agenda saya untuk tahun ini adalah untuk melancong ke Korea. Masin mulut agaknya...impian menjadi kenyataan walaupun trip ke Korea adalah atas urusan kerja. Saya, Izz, Fazzy dan Aris (production team RTM) telah ditugaskan untuk membuat liputan dan rakaman colour stories pelajar-pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana berjaya mewakili Malaysia dalam Cheonan World Folks Dance Festival 2011. Rombongan kami yang seramai 30 orang ini terdiri dari wakil RTM, JKKN, agensi NGO dan Timb. Naib Canselor (TNC) UTP. Selama 8 hari kami semua berkampong di Huracle Resort, Cheonan bersama-sama dengan delegasi dari negara-negara lain. Antaranya Poland, Filipina, Mexico, Guam, Brazil, Indonesia, Singapura, China, Kazakhstan, Itali dan banyak lagi. Semasa saya di sana...Korea masih berada dalam musim luruh. Feeling ala-ala Autumn In My Heart gitu. Hahaha. Kebetulan pulak...tak lama lagi menjelang penghujung Oktober ni...musim sejuk akan tiba...so suhu di sana teramatlah sejuk terumanya pada waktu malam. Kalau bercakap siap boleh keluar asap lagi. Hehehe. Nasib baik saya dah sediakan banyak baju yang bersesuaian...dan kebetulan di KLCC ada sebuah kedai (UNIQLO) yang menyediakan baju yang didatangkan khas dari Korea mengikut musim-musim di sana. So tak payah nak pening kepala...capai je baju apa yang hendak di pakai. Longue John, sweater tebal, muffler dan stokin tebal sangat-sangat membantu untuk melindungi diri dari suhu yang sejuk. Sebelum berangkat ke Korea...batuk saya tak hilang-hilang lagi. Semasa di Korea...suara saya pulak yang hilang!!!. Adooiii...Kalau orang tanya saya...seronok tak pergi Korea, semestinya jawapan saya SERONOK GILER!!!. Bila berada di negera orang ni...pengalaman yang paling berharga apabila kita dapat melihat kepelbagaian budaya yang amat berbeza dengan Malaysia. Faktor bahasa...budaya...ekonomi...pembangunan dan banyak lagi benar- benar membantu saya memahami bahawa masyarakat adalah cermin kepada sesebuah bangsa dan negara. Majoriti masyarakat Korea tidak tahu berbahasa inggeris. Baik yang muda mahupun yang tua, mereka akan tetap bertutur dalam bahasa ibunda dengan orang asing. Kalau adapun yang boleh bertutur bahasa inggeris...kebanyakannya adalah golongan pelajar universiti yang mengambil jurusan English Education. Pada pandangan saya...Korea masih mengamalkan dasar tertutup walaupun negaranya sudahpun maju ke hadapan. Jadi...cuba bayangkan betapa susahnya kami nak berkomunikasi. Dah macam ayam dengan itik jadinya bila kami cuba bercakap. Hahaha. Walaubagaimanapun...satu perkara yang saya banggakan dengan masyarakat Korea...walaupun mereka tidak tahu langsung bertutur dalam bahasa sejagat...mereka masih mampu menjayakan sebuah festival bertaraf dunia dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai negara di seluruh dunia. Bila melihat betapa masyarakat Korea berbangga dengan jatidiri mereka sendiri...secara tidak langsung membuatkan saya merasa syukur yang amat kerana kita masih dididik agar menitikberatkan sahsiah diri Malaysia sejati tanpa mengabaikan pendidikan dalam bahasa inggeris. Sekurang-kurangnya...kalau campak orang Malaysia kat mana-mana pun...insyaallah kita mampu nak survive. Sepanjang berada di sana jugak, saya dapat lihat masyarakat Korea sangat berbangga dengan produk negara sendiri. Rata-rata...mereka lebih gemar memakai kereta keluaran tempatan iaitu Hyundai ataupun Daewoo. Memang susah nak tengok kereta jenama luar negara berada atas jalan mereka. Malah...mereka juga sangat berbangga dengan produk komunikasi berjenama Samsung berbanding dengan Iphone ataupun Blackberry. Satu sikap yang memang seharusnya mendapat pujian. Paling tak best kat Korea bila saya langsung terputus hubungan dengan Malaysia selama 2 hari. Secanggih mana pun henpon kita...kalau tak roaming memang takde maknanya. Resort ada wifi tapi password plak tak boleh bagi. Nak rent henpon...rasa macam tak berbaloi plak. Apapun thanks to U sebab roamingkan tepon saya. Jadual kami di Cheonan tersangatlah padat. Pagi bz dengan rehersal. Petang ada competition sampai ke malam. Apapun kami semua sangat enjoy. Bayangkan betapa penatnya kami terpaksa berjalan sejauh 2km terutama sekali bila kami terlibat dengan parade yang ala2 Citrawarna. Yang seronoknya...orang Korea sangat sporting. Mereka sanggup berbaris di sepanjang jalan semata-mata untuk memberi sokongan kepada semua peserta. Sampaikan saya pun terkena tempias glamer sampai penat tangan dan mulut sebab bersalaman dan senyum. Rupanya orang Korea suka dengan orang Malaysia sebab most of Malaysian bermata bulat. Hehehe. Apapun walaupun tak berjaya...tahniah kepada team Malaysia sebab menang tittle 'Best Team for Parade'. Kami cuma sempat bershopping sakan hanya pada hari nak balik ke Malaysia. Kelam kabut jugak sebab tak cukup masa. Sambar mana yang sempat je as souvenir. Paling best bila dapat penuhi impian Fathin supaya dipadlockkan nama dia dan BFFnya. Melompat sakan la dia bila saya post gambor as a prove. Buat Sang Hee, Kim dan feveret Seung Woo...nice to get to know u guyz. Korang memang sangat komited dengan kerja dan sangat-sangat warm-hearted. Walaupun terpaksa melayan karenah kami terutamanya kesukaran korang mencari makanan halal untuk kami...u'olz tetap senyum and never complained. Well done!!!. Sampai kita ketemu lagi...Saraeng-e Korea...Gamsa-hamnida!!!
Us with Korean L.O, Seung Woo (middle) dan pilot bas (right) |
Malaysian performance...awesome!!! |
Seong Woo, Sang Hee & Kim |
...china |
full with colours!!! |
...Poland |
parade nite!!! |
Comments
Post a Comment