You can't live with them...You can't live without them
'Men vs Women' 'THE BREAK-UP' . Selalunya jarang-jarang saya nak layan cerita cintan-cintun ni kerana kebiasaannya saya jenis yang suka layan cerita berunsurkan sains fiksyen moden ataupun cerita fantasi tapi tajuk movie ni berjaya mencuri perhatian untuk menontonnya. PERHATIAN!!!. Cerita ini memang sesuai untuk pasangan yang serius dalam perhubungan dan boleh dijadikan iktibar agar kita lebih menghargai pasangan masing-masing. Seandainya perpisahan adalah yang terbaik untuk diri masing-masing...terimalah dengan hati yang terbuka. We never know what we will gain in the future... Cerita ini mengisahkan tentang Grobowski Gary (Vince Vaughn) dan Brooke Meyers (Jennifer Anniston) yang bertemu di Wrigley Field semasa pertandingan bisbol Chicago Cubs berlangsung. Setelah menjalinkan hubungan serius, akhirnya mereka membeli sebuah kondominium bersama-sama. Gary merupakan seorang pemandu pelancong manakala Brooke berkerja di sebuah galeri seni. Perhubungan ...