Posts

Showing posts from May, 2017
Image
We've hoped and we've prayed. And now we're excited to say that our little miracle is on the way!! 12 Mei 2017 (12dp3dt) - Embrio d15 Seawal jam 5 pagi saya bangun dari tido dengan penuh semangat. Usai je solat tahajut...terus tak dan-dan buat ujian UPT. Hati berdebar-debar. Deep down memang berharap sangat 2 line tu muncul. Tapi mental dah di set supaya jangan terlalu mengharap. Arghhh tak suka dengan perasaan ini. Bukannya tak biasa tengok ujian UPT fail tiap-tiap bulan selama bertahun tapi mungkin sebab kali ni expectation kami tinggi so nervous dia lain macam sikit. Lama jugak berteleku dalam toilet cari kekuatan nak buat ujian UPT. Dah la encik suami jauh kat Shah Alam tuh. Huhuhu nangis sensorang la jawabnya kalau keputusan negatif. Setengah jam dalam toilet akhirnya baru berani nak buat ujian UPT. Fuhh kiri fuhh kanan...dengan lafaz bismillah sambil jari terketar-ketar akhirnya tercelup jugak testing strip tuh. Nak gugur jantung bila tengok urine tu bergera...

Embrio Transfer (ET)

Image
30 APRIL 2017 (AHAD) - ET Hari yang ditungggu-tungu akhirnya tiba. Pagi ini saya akan melalui prosedur ET atau lebih dikenali dengan nama Embrio Transfer. Segala usaha telah kami lakukan. Sekarang kami letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah yang Maha Satu kerana tiada yang lebih berhak ke atas sebarang kejadian melainkan Hak Mencipta ‘Kun Fa Ya Kun’. Tipu la kalau tak rasa berdebarkan. Saya buang perasaan takut itu dengan senantiasa mengingati Allah dan berfikiran positif. Pagi ini cuma saya je patient yang akan menjalani ET di LPPKN. Lega rasanya ada privacy sikit. Untuk memastikan prosedur ini berjaya, saya perlu menahan kencing selama lebih kurang satu jam sebelum prosedur. Haa ambik kau menggelinjang gelinjut rasanya terpaksa menahan kencing. Seawal pagi saya dah cek-in di Bilik Bedah Klinik Fertiliti LPPKN. Saya diminta menukarkan pakaian pesakit dan perlu berehat di wad sementara nurse, embriologist dan doctor melakukan persediaan. Sepanjang tempoh menunggu, ...

Ovum Pick Up (OPU)

Image
27 APRIL 2017 (KHAMIS) - OPU Hari ini saya akan melakukan prosedur OPU atau Ovum Pick Up. Kalau orang lain takut sangat nak jalani prosedur ini tapi berbeza pulak dengan saya yang sangat teruja. Selepas melakukan ujian imbasan telur dengan Dokor Komathy pada minggu lepas…saya memang sangat teruja dan tak sabar-sabar nak buat OPU. Walaupun banyak review negatif dari grup wassap IVF mengatakan proses OPU amat menyakitkan dan meninggalkan kesan trauma kepada pesakit tapi saya tetapkan hati dengan sentiasa berfikiran positif. Ada yang mengatakan pernah terjaga semasa prosedur OPU sedang berlangsung akibat kehabisan sedatif sehingga terpaksa menanggung kesakitan yang melampau. Ye la cuba bayangkan doctor tengah godek-godek ovari kita untuk sedut telur yang matang pastu tup2 kita tersedar. Padahal sebelum tu kita dah diberikan sedatif kerana untuk melakukan prosedur ini, pesakit akan dibius. Haa mau tak meraung!!. Ada jugak yang review lepas selesai prosedur OPU, pesakit mengal...