Posts

Showing posts from November, 2013

Jalan Sana Sini Penghujung 2013

Image
Kalau tak kerana kenduri kahwin Puan Ain Saby dengan Encik Iqbal...kami pun tak merancang hendak berjalan-jalan ke Johor dan juga Melaka. Orang kata menyelam sambil minum air. Apa salahnya. Kami berdua dah pun membuat perancangan bagi memastikan trip kali ini diisi dengan  aktiviti yang menarik bagi kami sekeluarga. Tempat pertama kami tuju adalah di Perkampungan Nelayan Senibung. Wajib makan seafood kalau datang ke sini. Kupang, ikan kerapu, ketam gemok dan siput gonggong menjadi santapan kami. Pertama kali memperkenalkan menu siput gonggong kepada suami dan Farzana. Rupanya mereka berdua pun suka dengan jenis makanan laut ini. Rupa memang pelik tapi rasanya sangat sedap. Harga pun agak mahal iaitu RM40.00 sekilo. Nom Nom Nom. Antara lain, kami jugak memang bercadang hendak masuk Singapore bagi mencari beberapa barang keperluan saya dan suami. Alang-alang dah ke Singapore kami singgah sebentar di Marina Bay menjengok singa dan makan aiskrim kegemaran saya iaitu aiskrim roti kapit...

JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT

Image
23 November 2013 Kg. Peserai, Johor Alhamdulillah. Janji Allah SWT itu pasti. Kalau dah jodoh memang tak ke mana. Jenuh mencari...puas berendam airmata...menepis segala dugaan, akhirnya jejaka dari Pekan, Pahang ini rupanya yang berjaya menyunting bunga di taman larangan Pak On (gittuuu berbunga2 ayat dahku!!). Subhanallah. Allah SWT mendengar doa kawan baik saya ni semasa dia mengerjakan umrah baru-baru ini. Iqbal Rizal ni bukanlah orang asing bagi kami kerana dia merupakan salah seorang kru produksi belakang tabir RTM. Memang betul jodoh itu rahsia Allah SWT. Jodoh yang diminta sekian lama ini rupanya berada didepan mata sahaja. Siapa sangkakan. Heboh satu RTM bila Ain layangkan kad kahwin dia kepada semua orang. Sebagai seorang kawan baik, tiada kata yang mampu saya ucapkan selain rasa syukur kerana Ain dipertemukan dengan Iqbal. Semestinya hari bahagia buat mereka berdua adalah merupakan salah satu saat bahagia yang saya nantikan selama ini. Alhamdulillah. Saya, Oja, Peace ...

XKRESMA RE-UNION 2013

Image
XKRESMA RE-UNION 2013 PENANG HERE WE COME!! 2 - 4 Nov 2013 XKresma telah mengadakan re-union buat kali yang ke 15. Alhamdulillah ternyata ukhwah dikalangan kami masih lagi utuh. Semoga ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah. Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan pada kali ini. Terima kasih kepada team penganjur yang sanggup bersusah-payah bagi memastikan percutian keluarga XKresma kali ini menjadi realiti. Penginapan di TM Resort Tanjung Bungah. Nasihat saya, kalau ada budget lebih, carilah hotel lain sebab pihak pengurusan hotel ini sangatlah tidak profesional. Namun, disebabkan nawaitu kami semua adalah untuk bergembira dan mengeratkan silaturrahim maka segala masalah kami tolak ke tepi sahaja. Bermula dengan aktiviti konvoi, kami semua bersetuju untuk singgah jalan-jalan cari makan di Kuala Sepetang, Taiping Perak. Makanan yang wajib dicari adalah Mee Udang. Pergh memang terbaik!!.  Kalau diikutkan nafsu serakah memang tak cukup semangkuk mee. Hehehe. S...