Posts

Showing posts from September, 2012

Confinement Nanny

Image
tempoh tahanan Mengharungi tempoh berpantang selama 2 minggu adalah merupakan satu pengalaman baru buat saya kerana setiap detik memerlukan diri saya untuk belajar lebih bersabar dan juga rajin. Memahami keperluan berpantang sangat penting bagi saya yang mengalami keguguran dan peraturannya lebih ketat berbanding dengan kelahiran secara normal...saya relakan diri dengan harapan berpantang secara alami dapat melindungi dan memulihkan diri saya secara fizikal dan juga emosi. Pengorbanan suami yang sanggup bersusah payah untuk keselesaan saya juga secara tidak langsung mendorong saya untuk lebih menghargai perhubungan antara suami dan isteri. Terima kasih Ya Rahman.  Selain daripada menjaga pemakanan dan mendapat rehat yang secukupnya, antara perkara lain yang perlu saya amalkan adalah pemakaian stokin untuk mengelakkan angin masuk ke dalam tubuh badan. Melucukan apabila saya agak terkial-kial apabila perlu memakai kain sarung untuk tempoh awal berpantang bagi memudahkan proses u...

Tsunami di hati...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tiada yang lebih menggembirakan diri saya saat mengetahui bahawa diri ini hamil. Jujur saya akui kehamilan yang tidak diduga ini memberikan saya sejuta harapan yang baru bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dan sentiasa mendengar doa-doa dari hambaNya. Setiap hari saya titipkan doa agar saya diberikan kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi dan ketenangan sepanjang melalui saat-saat mengandung. Saya juga sentiasa berdoa semoga bayi yang saya kandungkan sentiasa sihat, membesar dengan sempurna sifatnya dan bakal menjadi seorang anak yang soleh mahupun solehah. Kedengaran seperti klise tapi saya yakin setiap ibu di dunia ini sentiasa mendoakan kebaikan saat mengetahui adanya insan kecil yang bernyawa dan semakin membesar di dalam rahim mereka. Setiap hari merupakan satu hari yang baru bagi saya. Setiap minggu pula saya lalui dengan penuh keterujaan. Walaupun tidak mengalami alahan…saya mengalami symptom-simptom y...

Ramadhan dan Syawal berkampung lagi..

Image
Salam Merdeka Raya...Maaf Zahir & Batin Alhamdulillah. Lebaran 2012 adalah antara lebaran yang paling meriah dalam hidup saya. Walaupun terpaksa menunaikan tanggungjawab sebagai kakitangan awam menjalankan tugas demi negara pada malam raya...saya redha. Alah bisa tegal biasa. 3 tahun berturut-turut saya terlibat dengan program Raya Sama-Sama. Rancangan khas malam raya yang disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.30 - 12.30 malam. Hakikat yang sebenarnya, hati saya meronta-ronta tak nak terlibat lagi dengan rancangan ini. Bukan apa tapi kasihankan Farzana sebab dia tak dapat nak amik mood malam raya di Kuala Kangsar gara-gara saya. Norkuzaimah Aziz...harap ini tahun terakhir saya bekerja di malam raya. No more. Kita bagi peluang pada staff lain untuk 'merasa' pulak ye!!. Cukup-cukup la tuu. Lagipun rasanya sudah sampai masanya saya bagi tumpuan sepenuhnya pada keluarga sendiri pulak. Selesai sahaja Raya Sama-Sama, kami sekeluarga terus pecut pulang ke Kuala Kangs...