The moment we lay our eyes on you
4 JULAI 2017 (SELASA) – ANTENATAL CHECK UP DI LPPKN Seawal subuh kami suami isteri telah bersiap-siap. Maklumlah perjalanan jauh dari Tapah nak ke LPPKN untuk appointment ANC (Antenatal Check Up). Berdebarnya la hai. Apa la agaknya yang akan muncul kat monitor screen klinik nanti. Seperti kebiasaaan kena lalui prosedur ambil darah, cek Bp serta timbang berat badan. Ok berat naik tapi 800gram sahaja. Kihkihkih. Kena gelak dengan nurse. Doc Komathy kelihatan sangat ceria hari ni. Sembang-sembang kejap pasal sambutan hari raya sebelum saya diminta untuk baring bagi melakukan ujian TVS 2D. Sebaik sahaja probe dimasukkan…nah kau!!. Nampak baby tengah berenang dalam perut ibu. Tangan dan kaki dia bergerak-gerak dengan laju sangat. Punya la ibu terkejut sampai tak sedar keluar ayat “eh…dia bergerak la doctor!!”. Hahaha mengekek-ngekek Doktor K gelakkan saya. Dalam hati terus cakap. Huh…sebijik macam babah dia ni suka main ayor!!. Teanjat ibu tengok gelagat awak adik oiii!!. Babah...