Posts

Showing posts from December, 2013

Doctor In The House

Image
Tanggal 11.12.13 Di saat Che Ta & Zain Saidin sedang menghitung detik-detik bahagia mengakhiri zaman bujang mereka...saya pula bertemankan suami tercinta sedang berperang dengan perasaan sendiri yang bercampur-baur. Antara rasa tidak percaya bahawa saya berani mengambil keputusan untuk merelakan diri ini menjalani pembedahan myomectomy dan juga rasa percaya bahawa hakikatnya saya perlu melalui laluan sukar hanya untuk memiliki cahayamata. Nasihat Doktor Hamid Arshad supaya saya menjalani pembedahan membuang fibroid sebesar 4cm di laluan rahim saya terima dengan hati yang terbuka. Saya meletakkan 100% kepercayaan terhadap kepakaran doktor tersebut dalam bidang gynae. Bermula dengan endometriosis yang wujud ketika awal kehamilan saya pada bulan Julai tahun lepas sehinggalah saya keguguran menyebabkan ketumbuhan tersebut terus berada di dalam rahim saya. Setelah berfikir panjang,  saya mengambil keputusan untuk membuat pembedahan hanya selepas saya selesai dengan gameshow saya...

XPRESS 120

Image
Baby program saya akhirnya telah melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada boss sebab bagi kepercayaan kepada saya untuk handle 13 episod game show. Saya kutip sebanyak mungkin ilmu penerbitan sesebuah rancangan hiburan dengan harapan ilmu ini dapat membantu saya untuk menerbitkan program yang lebih bermutu di masa hadapan. Salah dan silap pula saya ambil sebagai pengajaran. Bukan senang hendak duduk dikerusi penerbit dan handle sepasukan penerbitan yang mempunyai 1001 masalah.  "Saya masih budak yang baru nak belajar" Thanks Guys!! Alhamdulillah. Captain of the Pirate Ship updating my script  still can smile!! i'm done Red Team Diva HTV Blue Team loved her excotic look Geng Minah Tong Gas suka melatah!! C.I.N.T.A tapi sebutan ejaannya tak sama macam kita Ahmad...my best man kengkawan   kawan lama suka gaduh mulut...AA Razif...my Script Asst. Nurul...my 1st Asst. Producer Izzat...my 2nd As...