Posts

Showing posts from July, 2012

Alhamdulillah

Image
6 JULAI 2012 blueberry cheese cake. Yummy! roses for me!! small celebration Alhamdulillah Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat handainya. SMILE Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap dugaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang telah Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.  Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasihMu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun...

Sukarkah Mencipta Bahagia?

Image
      Perkahwinan setelah dijalani selama beberapa tahun, pasti irama dan lagunya tidak serancak waktu alam percintaan yang dulu segala-galanya indah dan mengkhayalkan. ketika bercinta, lautan api sanggup direnangi, lurah dan belukar sedia dituruni. itu keajaiban cinta. Keajaiban yang sama seperti anak kecil melihat pelangi. Cantik dan menakjubkan.           Apabila dua manusia berlawanan jantina membayangkan sesebuah keindahan cinta ketika itu, kita sedia maklum mereka tidak akan membayangkan sekali kesulitan disebalik keseronokan tersebut. Kerana mereka belum tinggal bersama. Mereka belum berkongsi tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Mereka juga belum merasai pancaroba kehidupan berumahtangga. Yang mereka kongsikan bersama hanyalah perasaan yang indah-indah belaka. Namun apabila sudah sah hidup bersama, bergelumang dengan rencah kehidupan rutin suami isteri, saat manis itu akan mula memudar seiringan dengan perjalanan waktu....