closing finale before Ramadhan Al-Mubarak

team production Bakat TV 2011 with finalist MUZSTAR-E & FARIZ HILMI 19 Julai 2011 lepas...tirai Bakat TV 2011 telah pun ditutup setelah hampir 7 bulan kami (production team) berhempas pulas mengadakan ujibakat di seluruh Malaysia dengan harapan untuk mencari bakat-bakat unik untuk diketengahkan ke dalam industri. Alhamdulillah...perjalanan program pada malam itu berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit 'fumble'!!!. Apapun, yang penting...Rais Yatim enjoy...big boss kami bangga dengan hasil kerja anak buah dia...penonton terhibur...finalist puas hati...dan kami production team dapat pulang ke rumah masing-masing sebab penat yang teramat!!!. Walaubagaimanapun...kerja saya masih belum selesai kerana masih ada lagi satu program raya perlu direcordkan sebelum menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Program kali ni lebih bersifat humor dan santai bertajuk "Gegar Raya Kg. Pening Lalat" bersama CT Nurhaliza & Apek Saiful. Sapa-sapa yang teringin nak bersama dengan CT N...