Selamat Tahun Baru 2011
Alhamdulillah. Tibanya tahun baru bukan bermakna kita harus melupakan tahun-tahun sebelumnya kerana tanpa tahun-tahun terdahulu...tak mungkin kita akan menjadi seperti diri kita sekarang ini. Tibanya tahun baru jugak bermakna kita semakin dewasa dan pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan hidup sebelum ini seharusnya menjadikan diri seorang yang lebih matang dalam menentukan arah tuju hidup sendiri. Saya selalu berpegang kepada kata-kata bahawa....hidup ini mesti diteruskan walau apa saja yang perlu kita tempuh kerana yang baik itu datangnya dari Allah...dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Semoga perjalanan hidup aku dipenuhi dengan warna warni. Untuk Mak dan Ayah...Yong doakan semoga Allah panjangkan umur kalian berdua dan diberikan kesihatan serta ketenangan jiwa dalam melayari usia senja. Untuk Azman...semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dalam melayari hidup berumahtangga. Untuk Azlina...semoga tabah dan terus kuatkan semangat menja...