Posts

Showing posts from November, 2010

Hanyut - Faizal Tahir

Image
Harus bagaimana lagi Dan terus begini Dengarkan aku Lihat ke mataku Cukup sudah kau menghukum Salahku tetap salahku Benarkan ku berbicara Agar bisa pulih semua Namun harus sampai bila Kau kan diam seribu bahasa Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu Bagaimana ku nanti Bila tiada mengganti Yang ku ada hanya kamu saja Saat mata terpejam Hanya kau ku terbayang Menghapus semua segala rasa di jiwaku Saat mata terbuka Kamulah yang pertama Tak mampu aku Bayangkan Hidup tanpa dirimu Aku memang bersalah Selalu saja mengabaikan mu Dan tapi dah ku sedari Segala perit kau lalui Ku terlupa kau terluka Dan memang selalu Aku bersalah Selalu saja mengabaikan mu Meninggalkan mu Dan tetapi itulah aku sedari Segala perit yang kau lalui Kerna diriku yang terus hanyut Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu Bagaimana ku nanti Bila tiada mengganti Yang ku ada hanya kamu saja Bagaimana ku nanti Bila kau tak di sisi Yang ku ada hanya kamu saja " ......

Andai Ku Tahu (2)

"Hi. Saya Haiqal".  Sapaan Haiqal diiringi dengan sebuah senyuman. Senyuman yang secara tiba-tiba membuatkan jantung Nadira berhenti berdegup sesaat. Senyuman berbalas senyuman. Ternyata dunia ini kecil sahaja. Mamat blues berjaket merah yang sering mencuri perhatian Nadira selama ini adalah Haiqal...rakan sekelasnya. Nadira tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepalanya. Tanpa disedari perlakuannya diperhatikan Haiqal. Perjalanan mereka dimulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan oleh Faiz dengan harapan urusan mereka mendapat keberkatan Allah SWT. 'Maha suci Allah yang memudahkan ini bagi kami  dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya jika tidak kerana kurnia Allah.  Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami'.   Sebagai umat Islam kita sememangnya digalakkan mengamalkan bacaan-bacaan doa dalam aktiviti seharian kerana sesungguhnya Allah tidak akan lupa kepada hambaNya yang sering mengingatiNya. Perjalanan dari Kuala Lumpur - Kuantan melalui Lebu...

Andai Ku Tahu (1)

'Jaket merah. Beg silang. Mamat Blues.' Tiap kali Nadira melangkahkah kakinya ke kelas...pasti dia akan bertembung dengan mamat blues ini. Apa yang hendak dikisahkan sangat kerana di UiTM ini ada ribuan pelajar lelaki tetapi kelibat lelaki ini benar-benar mengganggu konsentrasi Nadira. Walaupun berada di dalam satu kelas yang sama namun mereka tidak pernah bertegur sapa, apatah lagi bertembung mata. Tetapi lelaki berjaket merah berjaya membuatkan anak mata Nadira melirik rahsia ke arahnya. Sekadar memandang sepi tanpa sekelumit rasa. Pelikkan dunia ini.  'Hari demi hari. Tugasan demi tugasan.' Pejam celik Nadira kini berada di semester ke tiga dalam jurusan Komunikasi & Pengajian Media. Perjalanannya untuk menggapai segenggam ijazah masih lagi jauh walaupun dia yakin mampu mengharungi pahit manis sebuah kehidupan. Tiba-tiba pandangan matanya yang merenung jauh ke luar bangunan 13 tingkat itu terarah ke pintu masuk kelas. Kelihatannya Dr. Ridzwan, pensyarah sub...

Mode : BOSAN

Bila saya BOSAN saya akan : 1. Makan angin bersama adik-adik tak kira ke mana sahaja. Janji kami   dapat  luangkan masa together dan bergembira.  2. Ponteng keje atau off-day sebab malas nak buat atau fikirkan apa2 pun. Masa ni jangan harap aku akan angkat telefon. 3. Mengemas umah double storey saya. Secara tak langsung bila umah saya  kemas dan bersih...jiwa saya akan tenang. 4. Shopping....terapi jiwa yang paling berkesan. Sekurang-kurangnya, sebagai  ganjaran ke atas diri kerana telah bekerja keras siang dan malam mencari  rezeki yang halal. 5. Google tiket Air Asia kot-kot ada promosi yang best untuk ke luar negara seperti KOREA atau AUSTRALIA ataupun THAILAND. Korea is in my agenda   already!!! 6. Download lagu-lagu favorite simpan dalam MacBook ku...layan!!! 7. Bergayut di telefon tak kira di dalam toilet, tengah drive atau dalam meeting . Kekadang rasa macam ada gam kat telinga.... 8. Main dengan Akon (anak musang ku...)....

SUAMI vs ISTERI

Image
Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumahtangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan. Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia. Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami sema...