Posts

Showing posts from October, 2018

9 Januari 2018

Image
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... 9 Januari 2018. Selasa. Jam 10:39 pagi. 3.1kg. HKL. Tarikh keramat lahirnya permata hati yang kami nantikan selama ini.  Mengenang kembali saat-saat nak melahirkan baby boleh membuatkan ibu tersenyum. Ibu perlu check in hospital sehari awal memandangkan doktor telah pun membuat keputusan untuk melakukan pembedahan secara czer buat kami berdua. Anak ibu seronok sangat dok kat dalam tu tak nak keluar-keluar ye. Dah masuk minggu ke 39 pun baby relax je tak bagi tanda-tanda kontraksi. So pada 8 Jan 2018 (Isnin), lebih kurang dalam jam 10 pagi babah dan ibu dah sampai HKL. Segala persediaan telah kami buat. Macam-macam beg ibu bawak tau. Macam nak pegi berperang pulak rasa!!. Ibu tengok babah relax je masa nak buat pendaftaran. Bab pendaftaran pun ada cerita yang sebenarnya. Kalau ikutkan kelayakan babah Pegawai Gred 44, ibu boleh masuk bilik kelas 2 dan 1. Memandangkan HKL ni hospital gomen...maka kena la ibu masuk wad kelas...