Posts

Showing posts from October, 2014

Road To Krabi (Part II)

Image
Day 3 13 Sept 2014 (Ahad) Krabi, Thailand berangan nak ada buaian macam ni kat balkoni rumah!! Selesai solat subuh berjemaah bersama suami tercinta, perkara pertama saya buat adalah bukak sliding door dan lepak di buaian ala-ala siam di balkoni sambil menghirup udara segar Thailand. Bau air laut memang menusuk kalbu betul walhal dahku memang tak suka air laut!!. Sementara encik suami keluar menyiapkan sarapan pagi untuk ahli konvoi...saya dan Farzana bersiap apa yang patut sebab aktiviti kami untuk pagi ini adalah Island Hoping to 4 Islands!! Pakej yang kami dapat sangat murah dan berbaloi. Kami hanya perlu membayar RM93 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Tu yang bagusnya bila bawak gengster yang terror part tawar-menawar nih. Kehkehkeh!!. 4 pulau yang kami pergi adalah Tup Island, Chicken Island, Phranang Beach dan Poda Island. Dah siap sarong personal life jacket yang dibelikan special oleh asben...kami anak beranak makan alas perut dulu. Almaklumlah nak naik lo...