Family Day Out
Keterujaan melanda diri... 8 - 9 Mac 2013....k ami sekeluarga ke Cameron Highland. Alhamdulillah perjalanan memang menyeronokkan. Kami 3 beranak dah plan macam-macam aktiviti sekiranya dah sampai di sana. Antara acara wajib kami adalah memetik buah strawberry...singgah ke ladang teh dan jugak shopping sayur. Seperti biasa...Farzana la yang paling teruja. Sebelum ke Cameron Highland, kami sempat melawat site melihat perkembangan rumah Mak Ani dn Pak Nozmi yang bakal siap tak lama je lagi. Alhamdulillah dah naik tiang pun. Tak lama lagi siap la teratak impian mak dan ayah kami. Lepas ni seronok la kami anak cucu dapat merasa suasana kampung tiap kali balik raya. Rumah pun besar dan tanah pun luas. Seronok cucu nak main kejar-kejar. Rumah yang bakal didirikan ini dibuat di atas tanah pusaka keluarga Mak Ani. Memang strategik sebab kedudukannya yang agak tinggi di atas bukit menjadikan pemandangannya sangat cantik. Kami adik beradik sepakat berkongsi duit untuk merealisasikan impian m...