Selamat datang 2012...
Alhamdulillah...permulaan tahun 2012 sangat-sangat bermakna untuk diri saya. Melangkah masuk ke tarikh 1 Januari 2012, saya membuka lembaran baru dalam diari kehidupan saya dengan azam dan semangat yang baru. Walaupun masih ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan...Alhamdulillah kini saya berada dilandasan yang betul. Betul seperti apa yang dikatakan...rezeki Allah ada di mana-mana. Tak perlu takut seandainya kita kehilangan sesuatu yang pernah kita miliki dahulu kerana mungkin Allah ingin memberikan kita sesuatu yang lebih besar dikemudian hari. Segala-galanyanya berlaku atas kehendakNya. Kita sebagai manusia biasa yang cetek ilmu pengetahuannya hanya perlu belajar untuk memuhasabah diri sendiri dan terus belajar untuk menjadi seorang yang berjiwa positif. Doa saya s emoga Allah permudahkan segala urusan dunia saya...hidup kami sentiasa dalam belas dan keredhaanNya...dan semoga kasih sayang antara kami terus subur hingga ke akhir hayat. Walaubagaimanapun, kegem...