back to her own nature...
30 Oktober 2010. Diam tak diam, rupanya selama 1 tahun 7 bulan lebih saya telah membela seekor musang pandan yang saya namakan sebagai AKON. Akhirnya, tanpa sebarang alasan...hanya mengikut gerak hati, saya terpaksa merelakan diri untuk melepaskan Akon ke habitat asalnya. Walaupun hati saya berat untuk melepaskan Akon tapi setelah difikirkan semasak-masaknya...keputusan ini adalah yang terbaik untuk semua. Apalagi...berderai-derai airmata saya sebab terlalu sedih. Semalaman menangis teringatkan Akon (;__;). Sedih kerana Akon telah mula saya bela sejak masih baby lagi. Gigi pun belum tumbuh masa tu. Gara-gara shooting di rumah P.Ramlee la saya terjumpa dengan anak musang pandan nih. Saya namakan Akon sebab secara tak sengaja terjumpa Akon di dalam air-cond. Setiap pagi sebelum ke pejabat...saya akan pastikan Akon dimandikan dan diberikan makanan secukupnya. Balik dari pejabat pun saya akan pastikan Akon di'setel'kan terlebih dulu. Lepas tu saya akan lepaskan Akon dal...