27 APRIL 2017 (KHAMIS) - OPU Hari ini saya akan melakukan prosedur OPU atau Ovum Pick Up. Kalau orang lain takut sangat nak jalani prosedur ini tapi berbeza pulak dengan saya yang sangat teruja. Selepas melakukan ujian imbasan telur dengan Dokor Komathy pada minggu lepas…saya memang sangat teruja dan tak sabar-sabar nak buat OPU. Walaupun banyak review negatif dari grup wassap IVF mengatakan proses OPU amat menyakitkan dan meninggalkan kesan trauma kepada pesakit tapi saya tetapkan hati dengan sentiasa berfikiran positif. Ada yang mengatakan pernah terjaga semasa prosedur OPU sedang berlangsung akibat kehabisan sedatif sehingga terpaksa menanggung kesakitan yang melampau. Ye la cuba bayangkan doctor tengah godek-godek ovari kita untuk sedut telur yang matang pastu tup2 kita tersedar. Padahal sebelum tu kita dah diberikan sedatif kerana untuk melakukan prosedur ini, pesakit akan dibius. Haa mau tak meraung!!. Ada jugak yang review lepas selesai prosedur OPU, pesakit mengal...
5 NOVEMBER 2019 SELASA TOKYO DISNEYLAND Hello Tokyo Disneyland Pagi ni semua liat yakmat nak bangun pagi gara-gara malam tadi tidor lewat disebabkan insiden tersangkut dalam kesesakan jalanraya sepanjang perjalanan pulang dari Fuji. Ibu faham semua kepenatan. Tapi memandangkan hari ni kita akan ke Tokyo Disneyland maka ibu terpaksa keringkan hati kejut anak-anak bangun pagi walaupun dalam hati terasa kesian bila tengok muka anak-anak lena tidor. Bertabahlah anak-anak. Trip kita ni semuanya agak costing so ibu terpaksa kejam sikit. Bukan sikit2 duit yang keluar dari poket ibu dan babah tau!! Hehehe. Posing depan rumah di Asakusa Lebih kurang jam 7 pagi kami semua dah siap2 nak keluar dan menapak ke Asakusa Station. Menurut Weather (iphone), bacaan suhu adalah lebih kurang 17 - 28 celcius dan cuaca dijangka agak berawan mendung. Ok la sesuai untuk kami yang nak jenjalan sakan nih. Perjalanan menaiki train kali ni agak kurang stress. No more main game kejor2 train seperti semalam. Perjala...
Babah & Nael 4 NOVEMBER 2019 ISNIN KAWAGUCHIKO Misi kami untuk hari ini adalah mencari Fuji San. One day trip ke Kawaguchiko katanya. Memandangkan tempat ini agak jauh dari Tokyo dan memakan masa yang lama untuk sampai ke sana maka kena la bangun pagi2 buta. Sebelum tido macam biasa la me and hubby akan discuss jadual perjalanan kami untuk esok hari. Perancangan tu penting ye tuan puan sekelian untuk memastikan kesejahteraan umat. Hekhekhek. Tapi tu la pepatah ada berbunyi...kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang menentukan. Kekonon baekkk punya plan. Sekali anak teruna ko buat hal. Eh liat pulak Nael nak bangun pagi ni. Tersasar sikit masa perjalanan gara2 nak pujuk dia bangun tido. wakey-wakey lil' guy Siap makan....siap pakai baju...moh la kita ukur jalan lagi untuk hari ini. Ikutkan Weather Apps...cuaca agak cloudy dengan suhu sekitar 17°. Sejuk la jugak untuk kita kulit orang Asia nih. Planning asal kami nak ke Kawaguchiko dengan menaiki bas. Menurut To...
Comments
Post a Comment