Posts

Showing posts with the label sharing is caring

Diari Berpantang Mak Nael

Image
Baby Nael one months old Dilema mak pak bekerjaya dan menetap di kota metropolitan adalah apabila isteri selamat melahirkan anak...pastu amik keputusan hantar isteri berpantang kat kampong sebab suami terkejar2 nak uruskan hal kerja dan juga hal sekolah anak. Dah sampai masa Kerajaan ubah polisi untuk menambah cuti bersalin selama seminggu buat para suami kepada cuti sebulan bergaji. Setakat seminggu apa la sangat boleh dibuat. Ikutkan hati nak je amik pakej berpantang kat Shah Alam tapi bila mengenangkan hege pakej yang mencecah ribu riban tu...sis hanya mampu menangis di bucu katil sahaja. Dah la buat IVF habis puluh ribu...lepas beranak takkan nak berabis lagi. Adehhhh memang anak emas betul si Farish Nael nih. Seminggu selepas selamat melahirkan Nael...ibu amik keputusan untuk pulang berpantang di Tapah. Seronok sebab ada Opah tolong jagakan nael nanti. Sedih sebab ayah takde. Hmm...sedih sangat sebab dok terbayang2 kelibat ayah kat rumah Tapah!! Mak Ani dah siapkan segalanya ...

Malaysia Berduka

Image
22 Ogos 2014. Mereka bukannya ahli keluarga terdekat mahupun kenalan saya tapi hati ini sayu dan bergetar mengenangkan mereka. Isteri kehilangan suami tercinta. Ibu dan bapa kehilangan anak dan cucu dalam sekelip mata. Suami pula kehilangan peneman sehidup semati. Kami rakyat Malaysia turut menangisi kehilangan mereka. Peristiwa tragis ini akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia mahupun dalam diri saya sendiri.  Sempena dengan hari Jumaat, penghulu bagi segala hari...saya berdoa semoga roh jenazah MH17 yang beragama islam ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan disayangi Allah SWT. InsyaAllah. 'KUN FA YAA KUN'

Rasa Sayang Aidilfitri 2014

Image
28 Julai 2014 jatuhnya 1 Syawal 1435. Raya paling sakan bagi diri saya sendiri. Kalau sebelum ini terpaksa bekerja pada malam raya...tahun ini kami sekeluarga bercuti selama seminggu di kampung halaman. Seronok betul dapat luangkan masa yang lebih lama bersama keluarga masing-masing. Ikutkan sistem giliran...raya pertama di Kuala Kangsar. Saya sentiasa teruja nak balik beraya di kampung suami. Kuala Kangsar sangat unik di mata dan dekat di hati saya (giteww tagline!!). Raya kali ini, pertama kali saya dan ipar duai berpeluang menyediakan ketupat palas. Terror jugaklah walaupun masing2 macam cuak takut tak menjadi. Mak Zainah pun sakan siap request anak-anak buatkan lemang. Perghhh terbaeklah!!. Pertama kali jugak saya dapat teman Mak Zainah bersembahyang raya. Dapat jugak saya berkenalan dengan kengkawan Mak Zainah. Kebetulan harijadi Pak Din jatuh pada hari raya pertama...kami anak beranak sepakat buat surprise party untuk ayah. Tersengeh-renyeh Pak Din celebrate besday siap main sua...

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Image
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kami sekeluarga.  InsyaAllah.

Throwback!!

Image
Cerita lama cuti sekolah pegi jenjalan Cameron Highland. Susah nak berkumpul anak-beranak Pak Nozmi. Walaupun tak cukup tapi kami tetap enjoyyyyy!! enjoying eskrim malaysia selfie Hero tua sepanjang hayat saya Babah pun teringin!! Ladang Teh Sulong & Bongsu Blueberry plantation sawan setoberi namanya 'epic pic' Pak Nozmi ngap stoberi stoberiiii

Untuk Renungan Bersama

Image
Jika anak anda hidup dalam kekasaran...dia akan belajar melawan orang lain Jika anak anda hidup dalam kritikan...dia akan belajar menyalahkan orang lain Jika anak anda hidup dalam ketakutan...dia akan belajar menjadi pengecut Jika anak anda hidup dalam iri hati...dia akan belajar mengambil hak orang lain Jika anak anda hidup dalam kesabaran...dia akan belajar menjadi penyabar Jika anak anda hidup dalam galakan...dia akan belajar menjadi yakin Jika anak anda hidup dalam pujian...dia akan belajar menghargai Jika anak anda hidup dalam persetujuan...dia akan belajar menyayangi diri sendiri Jika anak anda hidup dalam kejujuran...dia akan belajar memahami kebenaran Jika anak anda hidup dalam keadilan...dia akan belajar menjadi adil Jika anak anda hidup dalam keselamatan...dia akan belajar menyayangi insan lain Jika anak anda hidup dalam kemesraan...dia akan belajar menyayangi masyarakat sekelilingnya Terapkan nilai agama dan berikan pendidikan formal tertinggi buat...

Tips Keluarga Sakinah

Image
UNTUK DIRI SENDIRI Renunglah setiap hari dosa dan maksiatmu yang telah lalu.  Perbanyakkanlah mengingati Allah SWT dengan beristghfar dan bersedekah. UNTUK PARA ISTERI Bagi seorang isteri janganlah diulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami dan perkara yang beliau tidak suka melihatnya. UNTUK PARA SUAMI Sebagai suami ajaklah isteri bergurau senda. Berlaku lemah lembut kepadanya dan hiburkanlah isteri supaya hatinya sentiasa gembira. UNTUK IBUBAPA 1. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang mengandungi cemuhan, maki-hamun, laknat dan sumpah seranah kepada anak-anak  kerana ia merupakan DOA yang mengundang kemusnahan hidup  dan kehancuran masa depan anak-anak.  2. Banyakkanlah berdoa dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya aqidah, akhlak dan ibadah anak-anak akan mudah dibentuk dengan kekuatan doa ibubapa. UNTUK ANAK-ANAK Sebagai anak berbaktilah kepada ibubapa meskipun keduanya bukan muslim. Ingatlah bahawa redha Allah sentias...

...Dan Sebenarnya

Image
PERKAHWINAN.  Allah SWT mensyariatkan perkahwinan kepada manusia selaras dengan kehendak fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan. Bagi setiap pasangan yang berkasih, perkahwinan adalah kemuncak kepada bukti kasih sayang mereka.  Secara peribadi saya mempunyai persepsi tersendiri setiapkali mendapat undangan walimatul urus. Bukan bersikap sinikal sementelah diri sendiri pernah melalui fasa perkahwinan yang mengecewakan tetapi lebih kepada kesedaran dalaman yang wujud dalam diri bahawa NAWAITU mendirikan rumahtangga kerana Allah SWT seharusnya menjadi tunggak utama apabila keputusan tersebut diambil.   Rasulallah SAW dalam hadisnya berkata, kahwinilah wanita itu kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya engkau akan selamat.  Seharusnya kita sedar bahawa ayat ini secara terang-terangan membimbing umat islam agar meletakkan agama sebagai perkara utama dal...

CANTIK DI MATA...CANTIK DI HATI

Image
ambillah waktu untuk berfikir ~ itu adalah sumber kekuatan ambillah waktu untuk bermain ~ itu adalah rahsia masa muda yang abadi ambillah waktu untuk belajar ~ itu adalah sumber kebijaksanaan ambillah waktu untuk bersahabat ~ itu adalah jalan menuju kebahagiaan ambillah waktu untuk tertawa ~ itu adalah muzik yang menggetarkan hati ambillah waktu untuk memberi ~ itu dapat membuat hidup terasa bererti ambillah waktu untuk bekerja ~ itu adalah nilai keberhasilan ambillah waktu untuk beramal ~ itu adalah kunci menuju syurga ambillah waktu untuk berdoa ~ itu adalah sumber ketenangan ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai ~ itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah untuk hambaNya

Ayat jampi takluki isteri degil!!!

Image
Hujung minggu saya kali ini dipenuhi dengan aktiviti membaca. Dari suratkhabar tempatan...membawa ke majalah dekorasi...hinggalah kepada bahan bacaan berbentuk motivasi...semuanya saya baca gara-gara perasaan malas nak membuat cookies!!!. Belek sana..belek sini...baca itu...baca ini...akhirnya satu artikel dari sebuah majalah berjaya mencuit hati saya yang dah sedia tercuit nih. Hehehe. Terima kasih kepada Dr. Hj. Juanda Hj. Jaya (Perunding Undang-Undang Keluarga Islam) kerana secara peribadi...saya bersetuju bahawa hampir 90% dari artikelnya ada keBENARannya. Tak payah susah-susah nak cari air jampi untuk takluk isteri...cukuplah doa dan akhlak terpuji suamilah yang paling berkesan untuk menawan hati isteri. Dare to face the truth!!!. So let it be...coz sharing is SEXY!!! Isteri keras hati, degil dan suka melawan kata suami?. Ada segelintir suami yang sanggup mencari bermacam-macam penawar untuk isteri yang keras hati supaya senang ditakluki. Apakah semudah itu mengubat isteri yang s...

"BIAR TERSALAH AMPUN...JANGAN TERSALAH HUKUM"

Image
"BIAR TERSALAH AMPUN...JANGAN TERSALAH HUKUM" Kata-kata ini saya petik dari novelis thriller kegemaran saya...Ramlee Awang Murshid. Setiap insan di muka bumi ini tidak lepas dari melakukan kesalahan dan juga kesilapan. Dalam aspek kekeluargaan, seorang ibu dan juga bapa tak lepas dari melakukan kesalahan terhadap anak mereka sendiri walaupun secara mutlaknya...mereka mempunyai kuasa veto untuk menghukum anak-anak sendiri. Namun...hak eksklusif ini tidak layak untuk digunakan atau diaplikasikan oleh kita sebagai seorang anak kerana Allah SWT telah menetapkan bahawa syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu dan takkan putus hubungan seorang bapa dengan anaknya sampai bila-bila selagi mereka masih ber'bin atau ber'bintikan nama bapanya. Oleh sebab itu, anak-anak yang sering dimarahi, perlu dingatkan bahawa semua ini adalah tanda kasih sayang ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka. Kita buang ego yang semakin menebal di dalam diri dan sentiasa bersangka baik terhada...

Cintakah Adam kepada Hawa??

Image
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI: Kamu!!! WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku. "Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya" Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.  Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cinta...