Posts

Showing posts with the label memoir

R.I.P our dearly Sushi

Image
SUSHI 27 December 2011 - 6 Oktober 2013 Tiada lagi jam loceng berbulu yang setia mengejutkan babah supaya bangun solat subuh Tiada lagi dengkuran manja berbaur dengki di telinga semasa babah bersenang-senang dengan ibu  Tiada lagi penunggu setia  di muka pintu   yang dapat menghidu bau babah dari jauh tika pulang dari kerja Tiada lagi pengganggu yang sering membuat babah naik hantu tika sibuk membuat kerja  Tiada lagi aksi manja yang dibuat-buat dengan harapan dapat menarik perhatian babah Babah pasti rindu mengusap muka kamu yang gebu itu Babah pasti rindu melayan kehendak kamu tiap kali meminta makanan Babah pasti rindu menimang kamu seperti anak kecil yang nakal Kami rindu gelagat manjanya... Kami rindu keletah gediknya... Kami rindu SUSHI selamanya... bz day for him Balik dari kerja mesti layan Sushi dulu... Suka kacau babah baca paper Sebok je nak tolong!! Suka kena timang Tupai ni nampak macam sedap je babah!! ...

Alhamdulillah

Image
6 JULAI 2012 blueberry cheese cake. Yummy! roses for me!! small celebration Alhamdulillah Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat handainya. SMILE Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap dugaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang telah Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.  Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasihMu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun...

Selamat datang 2012...

Image
Alhamdulillah...permulaan tahun 2012 sangat-sangat bermakna untuk diri saya. Melangkah masuk ke tarikh 1 Januari 2012, saya membuka lembaran baru dalam diari kehidupan saya dengan azam dan semangat yang baru. Walaupun masih ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan...Alhamdulillah kini saya berada dilandasan yang betul. Betul seperti apa yang dikatakan...rezeki Allah ada di mana-mana. Tak perlu takut seandainya kita kehilangan sesuatu yang pernah kita miliki dahulu kerana mungkin Allah ingin memberikan kita sesuatu yang lebih besar dikemudian hari. Segala-galanyanya berlaku atas kehendakNya. Kita sebagai manusia biasa yang cetek ilmu pengetahuannya hanya perlu belajar untuk memuhasabah diri sendiri dan terus belajar untuk menjadi seorang yang berjiwa positif. Doa saya s emoga Allah permudahkan segala urusan dunia saya...hidup kami sentiasa dalam belas dan keredhaanNya...dan semoga kasih sayang antara kami terus subur hingga ke akhir hayat.  Walaubagaimanapun, kegem...

Salam Aidiladha 2011

Image
Tengku Khalidah Tengku Bidin wrote: Hari Sabtu ini, 5 November 2011 adalah waktu Wukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dengan masa dari jam 5 petang hingga 10.39 malam. Wukuf adalah waktu bilamana ketujuh-tujuh syurga dibuka... bilamana tiada 'hijab' di antara Allah SWT dan hamba-NYA. Waktu paling afdal dalam setahun untuk berdoa dan bersembahyang. Marilah kita manfaatkan waktu beberapa jam ini untuk menadah tangan memohon keampunan dan meminta hanya padanya yang SATU. Alhamdulillah... Hari Ahad, 6 November 2011 - Aidiladha membawa maksud pengorbanan. Mungkin dari pandangan umum masayarakat islam di Malaysia, Aidiladha agak sinonim dengan ibadah korban di mana, rata-rata kita dapat melihat upacara penyembelihan lembu atau kambing dilakukan sebagai melengkapi penghayatan dalam ibadah ini. Walaupun sambutan Aidiladha mungkin tidak semeriah sambutan Aidilfitri, namum kemeriahannya tetap terasa terutama sekali bagi jemaah yang telah selamat pulang ke tanah air se...

Manis Manis Lebaran

Image
Salam Syawal 2011... Seperti lebaran yang lepas...tahun ini saya terpaksa melepaskan kemeriahan membuat persiapan menyambut raya bersama keluarga di Tapahville gara-gara term "Berkhidmat Untuk Negara'. Untuk 2 tahun berturut-turut saya terpaksa bertugas di Auditorium Perdana, Angkasapuri untuk menjayakan rancangan 'Raya Sama Sama' yang bersiaran secara langsung dari jam 10 malam - 1 pagi. Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu...walaupun muka ni ceria je sepanjang masa bekerja dan melayan karenah artis-artis yang turut sama menjayakan rancangan...tapi dalam hati meronta-ronta nak balik kampung. Kejap-kejap pandang jam...kalau boleh nak putar je masa supaya cepat berlalu. Tak kira...closing credit habis je...saya nak terus pecut 'gegurl' balik Tapahville. Elok habis je program...terus bermaaf-maafan dengan semua kru dan artis yang terlibat...apalagi...terus tekan minyak 120km dengan harapan nak sampai cepat ke rumah walaupun masa tu jam dah pun dekat pukul...

Ho Chak!!!

Image
Mak Ani ngan Fahmie Cebokk je Fahmie ngan Tok Dad dan Nabila All White...muka2 yg kena keluor modal!!! bila sawan datang... adik-beradik Seperti tahun-tahun yang lepas...kami sekeluarga akan mengambil kesempatan sempena Ramadhan ni untuk berkumpul makan bersama-sama. Dah jadi tradisi keluarga Pak Nozmi...kami akan pilih mana-mana restoran untuk acara makan besor. Kalau tahun-tahun yang lepas...Seoul Garden Bulgogi di Menara Telekom, Rima Thai di Plaza Masalam, Restoran Tasik Raban, Ipoh akan menjadi port wajib kami tapi tahun ni...kami cuma sempat bertandang ke Restoran Ayam Penyet Wong Solo, Shah Alam je. Tu pun sebab ayah dan mak ada urusan untuk disetelkan...jadi sebab tak nak kelam kabut...kami cari tempat yang senang je. Seperti biasa untuk tahun-tahun yang lepas...Azman tak dapat nak join sebab dia masih lagi bertugas di Sibu, Sarawak. Tak dapat la nak merasa keriuhan dan sharing the happy moment dengan famili sempena Ramadhan. Rugi betul!!!. Kebetula...

Ramadhan menjelma lagi...

Image
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan olehNya untuk menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Rutin saya tetap sama...pergi kerja - balik kerja - masak - terawih - buat cookies. Apapun, saya masih mencari waktu yang sesuai untuk pulang ke Tapahville. Rasa macam tak sempurna sambut puasa kalau tak balik kampung dan berbuka puasa bersama Mak Ani dan Pak Nozmi. Terbayang-bayang betapa sedapnya gulai tempoyak Pak Nozmi dan ayam masak merah Mak Ani. Huhuhu...nak balik kampunggggg!!!!!.  Ramadhan Ini - Seventeen Dalam keghairahan kita menyambut Ramadhan...jangan dilupakan insan yang kurang berkemampuan. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan olehNya...dan sentiasa beringat bahawa terdapat rezeki insan lain yang berhak dalam setiap rezeki yang kita terima. Alhamdulillah.

6 JULAI 1978

Image
Happy Birthday Tisshot ALHAMDULILLAH...Allah beri kesempatan kepada saya untuk meneruskan lagi perjalanan dalam hidup ini. Tahun ni genap umur saya 33 tahun...tengah masak ranum bak kata sesetengah orang. Saya mengharapkan agar kehidupan saya dapat balik semula ke landasan yang betul dan totally banyak benda yang perlu di re-schedulekan!!. Tahun ini banyak sangat persimpangan yang telah saya tempuh...walaupun sedikit ralat dengan kejadian yang berlaku tapi saya tetap pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Apapun saya bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang memahami dan dikelilingi kawan-kawan yang supportive. Like i said before...saya optimis dan realistik dengan diari kehidupan saya. Life must go on... Jom kongsi sebab...Sharing is SEXY!!! KARAKTER JULAI seronok didampingi - memang pun!!! banyak berahsia dan sukar dimengerti - totally true... agak pendiam kecuali diransang - mula2 je...pastu tak reti dok diam ada harga dan maruah diri - rasanya semua orang ada ...