Posts

Showing posts with the label kresmanian

Misi Bantuan Pasca Banjir ke Hulu Tembeling, Pahang : CSR XKresma

Image
Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul.  Atas dasar kemanusiaan...kami team XKresma bersatu hati untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang terletak disekitar kawasan Sungai Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Sasaran kami adalah penduduk kampung yang terjejas teruk akibat banjir. Antaranya penduduk Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling. Objektif kami adalah membantu menghulurkan bantuan berupa makanan, minuman, keperluan harian, pakaian, telekung, sejadah dan juga barangan keperluan bayi. Team XKresma berkolaborasi dengan team Skuad Banjir Jerantut (SBJ) bagi memastikan misi kami tercapai. Disebabkan laluan darat untuk ke kawasan kampung ini hanya boleh diakses melalui kenderaan pacuan empat roda sahaja...maka hanya teammate yang mempunyai kenderaan 4X4 sahaja diberikan keutamaan untuk menyertai misi pada kali ini. Antara yang turut serta di dalam misi ini adalah encik hubby + saya, Asim + Hana, Shae + Mama...

XKRESMA RE-UNION 2013

Image
XKRESMA RE-UNION 2013 PENANG HERE WE COME!! 2 - 4 Nov 2013 XKresma telah mengadakan re-union buat kali yang ke 15. Alhamdulillah ternyata ukhwah dikalangan kami masih lagi utuh. Semoga ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah. Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan pada kali ini. Terima kasih kepada team penganjur yang sanggup bersusah-payah bagi memastikan percutian keluarga XKresma kali ini menjadi realiti. Penginapan di TM Resort Tanjung Bungah. Nasihat saya, kalau ada budget lebih, carilah hotel lain sebab pihak pengurusan hotel ini sangatlah tidak profesional. Namun, disebabkan nawaitu kami semua adalah untuk bergembira dan mengeratkan silaturrahim maka segala masalah kami tolak ke tepi sahaja. Bermula dengan aktiviti konvoi, kami semua bersetuju untuk singgah jalan-jalan cari makan di Kuala Sepetang, Taiping Perak. Makanan yang wajib dicari adalah Mee Udang. Pergh memang terbaik!!.  Kalau diikutkan nafsu serakah memang tak cukup semangkuk mee. Hehehe. S...