Posts

Showing posts with the label leisure

Roadtrip to Krabi (Part III)

Image
Day 4 & 5 14 - 15 Sept 2014 (Ahad & Isnin) Krabi - Koh Lanta Yai Bumi Krabi masih dilanda hujan tapi tetap tak dapat membataskan keinginan kami semua untuk shopping cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Encik suami tunggu dalam kereta sementara puan isteri dan anak-anak dah berangan nak rembat souvenir untuk diri sendiri dan kengkawan. Sebelum turunkan kami cik puan isteri...tuan empunya kereta 07 roger melalui walkie-talkie 'amik maklum...masa untuk shopping setengah jam saja ye!!'. What the fishhhh!!. Setengah jam nak buat apa Asim oii. Ini boleh mendatangkan kemarahan buat kami para isteri. Udah nama berjalan naik kereta sendiri...dengan asben sendiri...so ada kami kesah. Hak menyopping adalah hak kami!!. Ngehahaha. Sudahnya terlajak sampai sejam lebih. Panas bontot bini-bini tak balik dari shopping...last-last geng bapak ni terpaksa turun dari kereta dan pergi jemput isteri masing-masing. Hahaha rasakan!! Orang pompuan kalau dah shopping mana nak ingat ...

Road To Krabi (Part II)

Image
Day 3 13 Sept 2014 (Ahad) Krabi, Thailand berangan nak ada buaian macam ni kat balkoni rumah!! Selesai solat subuh berjemaah bersama suami tercinta, perkara pertama saya buat adalah bukak sliding door dan lepak di buaian ala-ala siam di balkoni sambil menghirup udara segar Thailand. Bau air laut memang menusuk kalbu betul walhal dahku memang tak suka air laut!!. Sementara encik suami keluar menyiapkan sarapan pagi untuk ahli konvoi...saya dan Farzana bersiap apa yang patut sebab aktiviti kami untuk pagi ini adalah Island Hoping to 4 Islands!! Pakej yang kami dapat sangat murah dan berbaloi. Kami hanya perlu membayar RM93 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Tu yang bagusnya bila bawak gengster yang terror part tawar-menawar nih. Kehkehkeh!!. 4 pulau yang kami pergi adalah Tup Island, Chicken Island, Phranang Beach dan Poda Island. Dah siap sarong personal life jacket yang dibelikan special oleh asben...kami anak beranak makan alas perut dulu. Almaklumlah nak naik lo...

1943.1km Roadtrip to Krabi (Part I)

Image
DAY 1  12 Sept 2014 (Jumaat) Shah Alam - Perlis Alhamdulillah. Angan-angan nak berkonvoi sesama geng XKresma akhirnya tercapai. Bermula dengan cakap-cakap kosong...akhirnya impian menjadi kenyataan. 8 buah keluarga XKresma bersetuju untuk mengikuti ekspedisi ke Krabi, Thailand. Kereta kami bernombor 05. Seperti diduga...dengan bebudak Kresma ni jangan plan macam-macam. Kalau plan je mesti menjadi. Kami memulakan perjalanan agak lewat petang. Nak setelkan kerje lagi...nak siapkan barang-barang lagi...nak hantar kucing boarding lagi...memang masa agak terhad dan terkejar-kejar. Apapun jam 4.30 petang...tayar 4X4 Frontier kami dah bergerak. Seronoknya!!. Kami dan keluarga Asim bergerak sama-sama. Checkpoint pertama...di Kampong Jejawi, Perlis. Sebelum tu sempat singgah makan malam mee udang femes di Sg. Dua. Memang terbaiklah mee udang depa nih. Saya yang bukan penggemar mee rebus pun rasa macam nak tambah lagi semangkuk. Mee banyak...udang laut pulak besar gedabak. Perggh!!...

Janji Babah

Image
Akhirnya, tertuntas juga janji babah nak bawa kami anak-beranak masuk ke Taman Tema Legoland. Alhamdulillah. Perasaannya sangat teruja sampaikan ibu dan anak dara sanggup berpeluh di JPO mencari kemeja sedondon dengan babah. Kemahin kembang lobang hidong babah bila kami semua ala-ala boria kampong pisang. Ngehahaha. Kali ini rasanya berbaloi-baloi masuk ke Legoland berbanding masuk Universal Studio Singapore sebab Farzana dah semakin besar. Semua permainan dia dapat main walaupun masih ada perasaan gugup. Dah nama anak Mohd Fauzi Zainuddin...jek ngan hadiah sikit je dia sanggup naik roller-coaster yang boleh buat jantung tercabut tuh!!. Ibu hanya mampu gelak je tengok korang terpekik terlolong kat atas tuh. Kalau tak mengenangkan sakit...dah lama ibu join korang semua. Next trip kami dah plan nak ke Taman Tema Hello Kitty pulak kalau ada rezeki (sambil berangan nak pakai baju sedondon pinko pulak!!). Hehehe babah sporting je pakai baju kaler pink.  InsyaAllah.  Cin...

Jalan Sana Sini Penghujung 2013

Image
Kalau tak kerana kenduri kahwin Puan Ain Saby dengan Encik Iqbal...kami pun tak merancang hendak berjalan-jalan ke Johor dan juga Melaka. Orang kata menyelam sambil minum air. Apa salahnya. Kami berdua dah pun membuat perancangan bagi memastikan trip kali ini diisi dengan  aktiviti yang menarik bagi kami sekeluarga. Tempat pertama kami tuju adalah di Perkampungan Nelayan Senibung. Wajib makan seafood kalau datang ke sini. Kupang, ikan kerapu, ketam gemok dan siput gonggong menjadi santapan kami. Pertama kali memperkenalkan menu siput gonggong kepada suami dan Farzana. Rupanya mereka berdua pun suka dengan jenis makanan laut ini. Rupa memang pelik tapi rasanya sangat sedap. Harga pun agak mahal iaitu RM40.00 sekilo. Nom Nom Nom. Antara lain, kami jugak memang bercadang hendak masuk Singapore bagi mencari beberapa barang keperluan saya dan suami. Alang-alang dah ke Singapore kami singgah sebentar di Marina Bay menjengok singa dan makan aiskrim kegemaran saya iaitu aiskrim roti kapit...