Posts

Showing posts with the label pages

Andai Ku Tahu (2)

"Hi. Saya Haiqal".  Sapaan Haiqal diiringi dengan sebuah senyuman. Senyuman yang secara tiba-tiba membuatkan jantung Nadira berhenti berdegup sesaat. Senyuman berbalas senyuman. Ternyata dunia ini kecil sahaja. Mamat blues berjaket merah yang sering mencuri perhatian Nadira selama ini adalah Haiqal...rakan sekelasnya. Nadira tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepalanya. Tanpa disedari perlakuannya diperhatikan Haiqal. Perjalanan mereka dimulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan oleh Faiz dengan harapan urusan mereka mendapat keberkatan Allah SWT. 'Maha suci Allah yang memudahkan ini bagi kami  dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya jika tidak kerana kurnia Allah.  Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami'.   Sebagai umat Islam kita sememangnya digalakkan mengamalkan bacaan-bacaan doa dalam aktiviti seharian kerana sesungguhnya Allah tidak akan lupa kepada hambaNya yang sering mengingatiNya. Perjalanan dari Kuala Lumpur - Kuantan melalui Lebu...

Andai Ku Tahu (1)

'Jaket merah. Beg silang. Mamat Blues.' Tiap kali Nadira melangkahkah kakinya ke kelas...pasti dia akan bertembung dengan mamat blues ini. Apa yang hendak dikisahkan sangat kerana di UiTM ini ada ribuan pelajar lelaki tetapi kelibat lelaki ini benar-benar mengganggu konsentrasi Nadira. Walaupun berada di dalam satu kelas yang sama namun mereka tidak pernah bertegur sapa, apatah lagi bertembung mata. Tetapi lelaki berjaket merah berjaya membuatkan anak mata Nadira melirik rahsia ke arahnya. Sekadar memandang sepi tanpa sekelumit rasa. Pelikkan dunia ini.  'Hari demi hari. Tugasan demi tugasan.' Pejam celik Nadira kini berada di semester ke tiga dalam jurusan Komunikasi & Pengajian Media. Perjalanannya untuk menggapai segenggam ijazah masih lagi jauh walaupun dia yakin mampu mengharungi pahit manis sebuah kehidupan. Tiba-tiba pandangan matanya yang merenung jauh ke luar bangunan 13 tingkat itu terarah ke pintu masuk kelas. Kelihatannya Dr. Ridzwan, pensyarah sub...