Posts

Showing posts with the label my soul

HERO HATI KAMI SELAMANYA

Image
Babah "Zana sayang babah tak?" .  Soalan yang sering saya tanya kepada anak dara kecik kami...Nur Farzana. "Zana sayangggg babah" .  Jawab si kecik tuh dengan sepenuh perasaan. Jawapan yang sangat polos dan naif. "Zana kena sayang babah tau sebab Zana cuma ada sorang je babah atas dunia ni. Takde dua...takde tiga. Satu je sampai bila-bila".  Anak dara tu cuma mengangguk je tanda faham. "Zana tau tak babah sayang sangat kat Zana dan ibu. Sian babah penat kerja siang malam cari duit untuk kita. Babah tu sanggup buat apa saja untuk kita asalkan Zana dengan ibu tak susah. Zana kena dengar cakap babah tau. Jangan sesekali lawan cakap babah. Sian babah nanti..." . Sebaik mungkin saya cuba menyusun ayat menggunakan perkataan yang senang untuk difahami oleh anak kecil berusia hampir 5 tahun. Selalunya Farzana akan mengangguk tanda dia faham. Okeh next question!! "Babah hensem tak!!" .  Saya suka betul tanya ...

...with my precious

Image
Dataran Lang Langkawi LANGKAWI. Sebuah pulau yang sangat cantik dan menjadi pilihan ramai sebagai destinasi bulan madu. Tapi bagi diri saya pulak, bila sebut Langkawi...apa yang terbayang di depan mata adalah cekelat...set pinggan mangkuk correlle...dan set periuk belanga vision. Nafsu serakah betul!!. Ini merupakan kali ke-2 saya menjejakkan kaki ke Langkawi. Pertama kali ke sana adalah atas urusan kerja. Kalau tak salah...rasa-rasanya saya ke sana bagi menjayakan rancangan Hits 1 dan juga Konsert Bintang RTM. Kami ke sana dengan menaiki flight jadi memang tak merasa langsung naik feri. Kali ini saya ke Langkawi bersama hubby. Honeymoon kali ke-2. Kebetulan kami tak merancang pun nak ke sana. Ikutkan perancangan awal....saya cuma hendak menghabiskan masa hujung minggu bersama hubby sementelah encik suami terpaksa menghadiri kursus selama 2 minggu di UUM, Sintok Kedah. Alang-alang dah berada di Utara tanah air...kami terus memanjangkan langkah ke Pulau Langkawi. Perancanga...

Opening Year of 2013 = Our 1st Anniversary

Image
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia ini untuk meniti hari-hari yang mendatang. Secara peribadi, tanggal 1 Januari 2013 adalah satu tarikh yang amat saya nantikan kerana pada tarikh yang sama tahun 2012...saya selamat diijabkabulkan dengan suami tersayang, Mohd Fauzi Zainuddin. Alhamdulillah...perkahwinan kami telah pun menginjak usia setahun. Masih baru...dan masih banyak yang perlu diperbaiki dalam hubungan kami sebagai suami isteri. Memang menjadi adat dalam sesebuah perkahwinan...ada pasang dan surutnya. Bak kata P. Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami dan isteri. Suka duka, tawa gurau senda dan gaduh bertekak adalah perkara biasa. Prinsip suami senang sahaja. Jangan dibiarkan pergaduhan itu berlanjutan lama dan yang paling penting, sebelum tidur kena saling memaafi. Tak rugi menjadi seorang suami yang pemaaf kerana syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami dan redha Allah ada pada redha suami. InsyaAllah...semoga r...

For The One I Love

Image
Hubby Luvvy 16 Mei 2012. SELAMAT HARI LAHIR buat suami tercinta...Mohd Fauzi Zainuddin. Percaya atau tidak, ini merupakan kali pertama saya meraikan hari ulang tahun kelahirannya semenjak pertama kali saya mengenali hubby. Alhamdulillah. Ternyata perancangan Allah melebihi ilmu pengetahuan kita...kini saya berpeluang meraikannya bersama-sama.  Sepertimana doa yang sentiasa saya lafazkan...saya memohon agar Allah SWT memberikan keberkatan usia kepada suami semoga sentiasa sihat hendakNya. Semoga dengan kesihatan yang diberikan...hubby dapat mencari rezeki yang halal buat kesenangan kami sekeluarga. Saya juga mendoakan agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa suami dan memberikan nur hidayah agar hubby dapat terus menjadi seorang pemimpin keluarga yang baik kepada kami sekeluarga. Doa saya juga agar Allah SWT senantiasa memelihara hati dan perasaan suami dari segala kejahatan baik dari manusia, jin mahupun syaitan kerana sebagai seorang manusia biasa, tahap kesabaran dan keiman...

Cik Puan Coach

Image
SEDIM (Sirkit Arus Deras Nasional 2012) Mohd Fauzi Zainuddin dan kayak boleh saya ibaratkan seperti sudu dengan garfu ataupun kutu dengan rambut mahupun air Tasik Shah Alam dengan bangunan PKNS Shah Alam. (Hehehe...anak Pak Din sorang ni memang suka sangat main dengan air). Teringat cerita zaman 'ehem-ehem' dulu kala, saya merupakan tukang sorak dia yang paling setia. Boleh dikatakan hari-hari saya menjadi penunggu setia di Tasik Shah Alam menemani hubby menjalani latihan walaupun hakikatnya saya sendiri tak gemarkan aktiviti berkayak. Khamis yang lepas, secara 'paksa-rela'...hubby membawa saya ke Sungai Sedim, Kulim Kedah gara-gara ingin menyertai Sirkit Perlumbaan Arus Deras Kebangsaan 2012 atau dalam bahasa omputihnyer dipanggil White Water River Challenge. Walaupun malam Khamis tuu saya perlu menduduki peperiksaan mid-term untuk paper International Communication...encik hubby tak kesah dan sanggup tunggu!!. (Kesian. Penat makan angin di Singapore pun tak habi...

my New Moon

Image
hantaran hati Sireh junjung another watch for him... sushi Batal air semayang hantaran hati sweet isle my TEVA in detail... weeet2x us makan kena beradab... in-depth red rosses... Akad Alhamdulillah... Taklik... Syukur... i like... all white... ..a gift from u ..a gift from me finally... haip3x