Posts

Showing posts with the label tempat berteduh

Love Shack

Image
Housewarming 7 Jun 2014 Puncak Perdana, Shah Alam Penat woiiii!! Penat mengalahkan nak buat kenduri kawen anak teruna sendiri plak rasanya. Dah nama pun tuan tanah nak buat housewarming...adat le bila 3 hari 3 malam tak lalu makan. Walaupun dah ada kata sepakat dengan suami nak guna khidmat catering aje untuk makan tengahari, tapi tetap dahku gedik nak buat lauk tambah khonon-khononnn risau tak cukup lauk. Jenuh la pulun buat laksa seperiuk besar siap import daun kesum, bungan kantan, daun selom ulam bagai dari Tapahville. Tak cukup dengan laksa...nak jugak tambah lauk ayam goreng sebab risau lauk yang ada tak cukup. Padahal kari daging, paru goreng sambal, ikan masin goreng, sambal belacan dan ulaman yang dah dicater tu memang lebih daripada cukup pun. Itu belum masuk lagi encik asben request mintak buatkan aiskrim malaysia perisa asam boi dan  agar-agar gula merah untuk dessert. Hambek kau!!. Gigih kul 1 pagi bukak buku 365 resipi pulun nak buat agar-agar gula merah. Hasi...

Xania in the making

Image
Selain memiliki cahayamata, sememangnya menjadi dambaan setiap keluarga untuk memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah. Hasrat kami dimakbulkan Allah SWT. Akhirnya rumah teres 2 tingkat (Xania) di Puncak Perdana, Shah Alam bakal menjadi tempat berteduh kami sekeluarga. Kami tekad untuk membeli rumah teres tersebut dengan mengambilkira keperluan dan keselesaan keluarga pada masa akan datang. Biarlah bersusah dahulu asalkan kami anak-beranak senang dikemudian hari. Bukaan keluasan rumah yang besar, 4 bilik tidur, 3 bilik air, autogate dan kemudahan solar water-heater untuk keseluruhan rumah sememangnya berbaloi. Akibat terujaan yang melampau...boleh dikatakan hampir setiap minggu kami melawat site untuk melihat perkembangan pembinaan rumah. Alhamdulillah kami sangat berpuashati dengan hasil kerja pemaju kerana yang paling kami takutkan kalau-kalau berlaku kelewatan pemaju dalam menyiapkan rumah.  FASA PEMBINAAN Tuan Tanah belum siap sepenuhnya bilik utama bahagian ha...

Ghumah teres 2 tingkat saya...ada sesapa nak beli tak!!

Image
Dapurku syurgaku...ahaks!! right angle of my living hall Master Bedroom right angle Ruang antara bilik tidur Living Hall