Posts

#day2inHK (WINTER TRIP)

Image
DAY 2 HONG KONG 22 Dis 2014 (ISNIN) Ohhoiiii seksanya nak bangun pagi. Suhu yang sangat sejuk (walaupun ada heater) memang buat kami menjerit2 laa dalam bilik air tu. Apapun sebab hari ini merupakan hari pertama kami di Hong Kong...jadi semangatnya lain macam sikit. Pagi ni...plan kami nak ke Avenue of Stars yang terletak di sepanjang jalan Victoria Harbour berdekatan dengan hotel kami di Tsim Sha Tsui. Terasa lain sangat suasananya berada di bumi Hong Kong. Nak bersiar2 pun kena sarong baju tebal, sweater dan snowcap. Cuaca nampak sangat cantik dengan mataharinya yang sinar  memancar. Walhal baru je keluar kat kaki lima hotel...mak aii...sejok baq hang!! Menggigil2 dibuatnya. Avenue of Stars nii adalah salah satu daya tarikan yang terdapat di Hong Kong. Jenuh la kami bergambar sakan kat sana. Tak dapat jumpa Jackie Chan...dapat bergambor dengan plak tangan dia pun jadi la. Kiranya aktiviti kami kat sini cuma bergambar sakan je.  Avenue of Stars sejok2 n...

#day1inHK (WINTER TRIP)

Image
DAY 1 KL - HK 21 Dis 2014 (AHAD) we are on tour!! Fauzi's clan menutup tirai tahun 2014 dengan percutian ke Hong Kong selama 8 hari. Hamek kau sakan bercuti ke luar negara!!. Bermula dari 21 - 28 Disember 2014. Kebetulan Hong Kong sedang dilanda musim sejuk, maka fefeeling winter la kami 3 beranak walaupun salji memang takkan turun kat sana. Ikutkan perancangan asal, encik hubby nak ke New Zealand ataupun Korea tapi setelah kami berdua buat perbincangan round table...Hong Kong adalah destinasi bajet pilihan terakhir kami sebab kat sana ada taman tema yang menjadi wishlist dahku sejak dari kecik lagi. Yeayyyyy Disneyland!!!! Perancangan teliti telah kami buat sejak dari awal lagi. Encik hubby gigih study blog kengkawan yang pernah ke Hong Kong mencari info tentang tempat-tempat menarik yang boleh kami lawati sepanjang berada di sana. Dahku pulak gigih study dan kaji cuaca kat sana sebab nak buat persiapan pakaian yang sesuai untuk di bawa. Biasalah sejak jadi wife dan ...

MENITI HARI

Image
1. Sisa hidup semakin pendek.  Yang halal untuk kita makan...makanlah. Selagi tidak melanggar tuntutan agama untuk kita pakai...pakailah. Yang ingin kita beli...belilah. Kalau kita masih mampu memberi...berilah. Kalau masih mampu berbagi...bagilah. Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris. Allah SWT yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hidup ini dengan pasangan kita selagi masih ada. 2. Sehari berlalu...umur semakin kurang.  Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung. Berbuat baiklah dan selalu mengucapkan syukur kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'. 3. Waktu cepat berlalu.  Hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekelip mata kita memasuki fasa tua dan itu PASTI!! 4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang. Membandingkan ke bawah, kita akan merasa lebih. Tapi bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita...

Roadtrip to Krabi (Part IV)

Image
Day 5 16 Sep 2014 (Selasa) Koh Lanta Yai Elephant Ride Berkunjung ke Thailand...memang tak sah kalau tak naik gajahkan!!. Sebenarnya agenda ini lebih untuk anak-anak je. Mak bapak tumpang seronok sekaki. Nama gajah ni Chom. Gajah betina dan muda remaja lagi sebaya saya. Hahaha. Mula-mula dia ok tapi lama-kelamaan si Chom makin moody. Tak nak ikut arahan ketua. Suka hati dia je nak masuk hutan siap berhenti makan pelepah pokok. Mungkin dia penat melayan kami yang ramai ni kot. Hehehe. Apapun kami seronok. Mana nak dapat gajah yang sanggup petik buah petai untuk kami semua. Habis aktiviti bergajah...masa untuk shoot balik Malaysia terchenta. Rindu woi nak balik negara sendiri. Peace Yo!! Anak-anak dengar cakap cikgu besar ye. Beratur dulu sebelum kita naik gajah!! Babah ngan ibu nak selfie jap!! Awek Siam memang cun tapi manis lagi awek melayu ni. Ehek!! Mak bapak yang gigih demi anak-anak Geng gelang getah kaler tengah mesyuarat apa ntah!! Mommi...

Roadtrip to Krabi (Part III)

Image
Day 4 & 5 14 - 15 Sept 2014 (Ahad & Isnin) Krabi - Koh Lanta Yai Bumi Krabi masih dilanda hujan tapi tetap tak dapat membataskan keinginan kami semua untuk shopping cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Encik suami tunggu dalam kereta sementara puan isteri dan anak-anak dah berangan nak rembat souvenir untuk diri sendiri dan kengkawan. Sebelum turunkan kami cik puan isteri...tuan empunya kereta 07 roger melalui walkie-talkie 'amik maklum...masa untuk shopping setengah jam saja ye!!'. What the fishhhh!!. Setengah jam nak buat apa Asim oii. Ini boleh mendatangkan kemarahan buat kami para isteri. Udah nama berjalan naik kereta sendiri...dengan asben sendiri...so ada kami kesah. Hak menyopping adalah hak kami!!. Ngehahaha. Sudahnya terlajak sampai sejam lebih. Panas bontot bini-bini tak balik dari shopping...last-last geng bapak ni terpaksa turun dari kereta dan pergi jemput isteri masing-masing. Hahaha rasakan!! Orang pompuan kalau dah shopping mana nak ingat ...