Posts

R.I.P our dearly Sushi

Image
SUSHI 27 December 2011 - 6 Oktober 2013 Tiada lagi jam loceng berbulu yang setia mengejutkan babah supaya bangun solat subuh Tiada lagi dengkuran manja berbaur dengki di telinga semasa babah bersenang-senang dengan ibu  Tiada lagi penunggu setia  di muka pintu   yang dapat menghidu bau babah dari jauh tika pulang dari kerja Tiada lagi pengganggu yang sering membuat babah naik hantu tika sibuk membuat kerja  Tiada lagi aksi manja yang dibuat-buat dengan harapan dapat menarik perhatian babah Babah pasti rindu mengusap muka kamu yang gebu itu Babah pasti rindu melayan kehendak kamu tiap kali meminta makanan Babah pasti rindu menimang kamu seperti anak kecil yang nakal Kami rindu gelagat manjanya... Kami rindu keletah gediknya... Kami rindu SUSHI selamanya... bz day for him Balik dari kerja mesti layan Sushi dulu... Suka kacau babah baca paper Sebok je nak tolong!! Suka kena timang Tupai ni nampak macam sedap je babah!! ...

Semarak Ramadhan 2013

Image
JULAI 2013 - Salam Ramadhan Dalam pada sibuk mengejar dateline bagi menyiapkan program tv...juga menggunakan peluang yang ada untuk menambah amal ibadah, kesempatan yang ada digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga tercinta dan kengkawan rapat. Aktiviti paling mengujakan untuk kami adalah sesi makan-makan. Makan...makan dan makan. Pastu semua sibuk bising konon berat naik walaupun puasa. Part makan je selera masing-masing mengalahkan gajah. Kihkihkih!!. Apapun Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Iftar @ Seoul Garden, Pantai Baharu Penerbit2 Gojes Unit Hiburan TV  (dah kenapa Azaril pun nak menyentil kat situ kannn...) caner la bos tak pening dengan kami!! Iftar @ Hotel Armada, PJ tisshot Tokey Besor Oja Kiss Ain Saby Hanif SweetRepublic82 teman bergosip Cik Jah!!  Iftar @ Seoul Garden, Jusco Ipoh Pak Nozmi tak pandang kiri kanan dah!! Makan besar di Se...

HERO HATI KAMI SELAMANYA

Image
Babah "Zana sayang babah tak?" .  Soalan yang sering saya tanya kepada anak dara kecik kami...Nur Farzana. "Zana sayangggg babah" .  Jawab si kecik tuh dengan sepenuh perasaan. Jawapan yang sangat polos dan naif. "Zana kena sayang babah tau sebab Zana cuma ada sorang je babah atas dunia ni. Takde dua...takde tiga. Satu je sampai bila-bila".  Anak dara tu cuma mengangguk je tanda faham. "Zana tau tak babah sayang sangat kat Zana dan ibu. Sian babah penat kerja siang malam cari duit untuk kita. Babah tu sanggup buat apa saja untuk kita asalkan Zana dengan ibu tak susah. Zana kena dengar cakap babah tau. Jangan sesekali lawan cakap babah. Sian babah nanti..." . Sebaik mungkin saya cuba menyusun ayat menggunakan perkataan yang senang untuk difahami oleh anak kecil berusia hampir 5 tahun. Selalunya Farzana akan mengangguk tanda dia faham. Okeh next question!! "Babah hensem tak!!" .  Saya suka betul tanya ...

Dentum Raya 2013

Image
Dentum Raya  7 - 9 Mei 2013 Auditorium Perdana Angkasapuri me Unit Hiburan TV memang cekap kalau bab-bab rakaman untuk program raya. Seawal bulan Mei lagi kami dah memulakan rakaman rancangan untuk siaran Hari Raya Aidilfitri. Tujuan utama rakaman dibuat awal adalah supaya kami tidak perlu bekerja secara gigih pada bulan puasa. Orang produksi macam kami ni (walaupun orang gomen) kerja tak sama macam orang gomen lain. Kalau melibatkan rakaman, kerja-kerja pre-produksi memakan masa berbulan awal. Bila tiba masa untuk rakaman atau LIVE...sekurang-kurangnya 3 hari diperlukan untuk sessi latihan. Belum cerita balik umah sampai lewat malam. Bijik mata toksah cerita la dan macam ghope Zombie Kampong Pisang (menipu le sangatkan...). Kekadang sampaikan jiran sebelah rumah pun naik pelik tengok kita. Huhuhu. Bukan saja cari penyakit tapi ini la yang dinamakan gigih bekerja ataupun dalam bahasa omputihnya PASSION. Sedikit nasihat di sini yea...kerja kalau takde rasa kecintaan terh...

...with my precious

Image
Dataran Lang Langkawi LANGKAWI. Sebuah pulau yang sangat cantik dan menjadi pilihan ramai sebagai destinasi bulan madu. Tapi bagi diri saya pulak, bila sebut Langkawi...apa yang terbayang di depan mata adalah cekelat...set pinggan mangkuk correlle...dan set periuk belanga vision. Nafsu serakah betul!!. Ini merupakan kali ke-2 saya menjejakkan kaki ke Langkawi. Pertama kali ke sana adalah atas urusan kerja. Kalau tak salah...rasa-rasanya saya ke sana bagi menjayakan rancangan Hits 1 dan juga Konsert Bintang RTM. Kami ke sana dengan menaiki flight jadi memang tak merasa langsung naik feri. Kali ini saya ke Langkawi bersama hubby. Honeymoon kali ke-2. Kebetulan kami tak merancang pun nak ke sana. Ikutkan perancangan awal....saya cuma hendak menghabiskan masa hujung minggu bersama hubby sementelah encik suami terpaksa menghadiri kursus selama 2 minggu di UUM, Sintok Kedah. Alang-alang dah berada di Utara tanah air...kami terus memanjangkan langkah ke Pulau Langkawi. Perancanga...