Posts

Dentum Raya 2013

Image
Dentum Raya  7 - 9 Mei 2013 Auditorium Perdana Angkasapuri me Unit Hiburan TV memang cekap kalau bab-bab rakaman untuk program raya. Seawal bulan Mei lagi kami dah memulakan rakaman rancangan untuk siaran Hari Raya Aidilfitri. Tujuan utama rakaman dibuat awal adalah supaya kami tidak perlu bekerja secara gigih pada bulan puasa. Orang produksi macam kami ni (walaupun orang gomen) kerja tak sama macam orang gomen lain. Kalau melibatkan rakaman, kerja-kerja pre-produksi memakan masa berbulan awal. Bila tiba masa untuk rakaman atau LIVE...sekurang-kurangnya 3 hari diperlukan untuk sessi latihan. Belum cerita balik umah sampai lewat malam. Bijik mata toksah cerita la dan macam ghope Zombie Kampong Pisang (menipu le sangatkan...). Kekadang sampaikan jiran sebelah rumah pun naik pelik tengok kita. Huhuhu. Bukan saja cari penyakit tapi ini la yang dinamakan gigih bekerja ataupun dalam bahasa omputihnya PASSION. Sedikit nasihat di sini yea...kerja kalau takde rasa kecintaan terh...

...with my precious

Image
Dataran Lang Langkawi LANGKAWI. Sebuah pulau yang sangat cantik dan menjadi pilihan ramai sebagai destinasi bulan madu. Tapi bagi diri saya pulak, bila sebut Langkawi...apa yang terbayang di depan mata adalah cekelat...set pinggan mangkuk correlle...dan set periuk belanga vision. Nafsu serakah betul!!. Ini merupakan kali ke-2 saya menjejakkan kaki ke Langkawi. Pertama kali ke sana adalah atas urusan kerja. Kalau tak salah...rasa-rasanya saya ke sana bagi menjayakan rancangan Hits 1 dan juga Konsert Bintang RTM. Kami ke sana dengan menaiki flight jadi memang tak merasa langsung naik feri. Kali ini saya ke Langkawi bersama hubby. Honeymoon kali ke-2. Kebetulan kami tak merancang pun nak ke sana. Ikutkan perancangan awal....saya cuma hendak menghabiskan masa hujung minggu bersama hubby sementelah encik suami terpaksa menghadiri kursus selama 2 minggu di UUM, Sintok Kedah. Alang-alang dah berada di Utara tanah air...kami terus memanjangkan langkah ke Pulau Langkawi. Perancanga...

Family Day Out

Image
Keterujaan melanda diri... 8 - 9 Mac 2013....k ami sekeluarga ke Cameron Highland. Alhamdulillah perjalanan memang menyeronokkan. Kami 3 beranak dah plan macam-macam aktiviti sekiranya dah sampai di sana. Antara acara wajib kami adalah memetik buah strawberry...singgah ke ladang teh dan jugak shopping sayur. Seperti biasa...Farzana la yang paling teruja. Sebelum ke Cameron Highland, kami sempat melawat site melihat perkembangan rumah Mak Ani dn Pak Nozmi yang bakal siap tak lama je lagi. Alhamdulillah dah naik tiang pun. Tak lama lagi siap la teratak impian mak dan ayah kami. Lepas ni seronok la kami anak cucu dapat merasa suasana kampung tiap kali balik raya. Rumah pun besar dan tanah pun luas. Seronok cucu nak main kejar-kejar. Rumah yang bakal didirikan ini dibuat di atas tanah pusaka keluarga Mak Ani. Memang strategik sebab kedudukannya yang agak tinggi di atas bukit menjadikan pemandangannya sangat cantik. Kami adik beradik sepakat berkongsi duit untuk merealisasikan impian m...