Posts

Aku Terima Nikahnya ~ Azian & Mustah

Image
Akad Nikah : 8 Februari 2013 Resepsi      : 9 Febuari 2013 Bertandang : 12 Februari 2013 "Haishhh. Kak Ani ni memang ramai anak perempuan ye. Seronok betul asyik kenduri je!!".  Itu ayat standard jiran tetangga a.k.a Kak Nam Dua Belas tiap kali Mak Ani sua kad jemputan kahwin. Hihihi. Dah macam trending pulak. #Kau Ada!!. Bagi mengelakkan kekeliruan, terpaksalah Mak Ani buat explaination susur galur jumlah anak dara yang dia ada bermula dari anak sulungnya sampai la yang paling bongsu. Bak kata Adibah Nor dalam iklan Ketupat Beras Faiza..."dah macam tape recorder plak nak kena rewind banyak kali!!". Huhuhu. Tetiba timbul kesedaran dihati...biar miskin harta...jangan miskin anak. Tssk...tssk...(masa ni terus sarung baju kelawar pastu catwalk depan hubby betul-betul depan pintu bilik tidur. Eh!!). Pembukaan tahun ular nih, kami sekeluarga berasa sangat teruja meraikan penyatuan dua jiwa antara adik ke-5 saya iaitu Nor Azian & Mustah. Kalau sebelum ini ...

Opening Year of 2013 = Our 1st Anniversary

Image
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia ini untuk meniti hari-hari yang mendatang. Secara peribadi, tanggal 1 Januari 2013 adalah satu tarikh yang amat saya nantikan kerana pada tarikh yang sama tahun 2012...saya selamat diijabkabulkan dengan suami tersayang, Mohd Fauzi Zainuddin. Alhamdulillah...perkahwinan kami telah pun menginjak usia setahun. Masih baru...dan masih banyak yang perlu diperbaiki dalam hubungan kami sebagai suami isteri. Memang menjadi adat dalam sesebuah perkahwinan...ada pasang dan surutnya. Bak kata P. Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami dan isteri. Suka duka, tawa gurau senda dan gaduh bertekak adalah perkara biasa. Prinsip suami senang sahaja. Jangan dibiarkan pergaduhan itu berlanjutan lama dan yang paling penting, sebelum tidur kena saling memaafi. Tak rugi menjadi seorang suami yang pemaaf kerana syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami dan redha Allah ada pada redha suami. InsyaAllah...semoga r...

Ad Hoc

Image
p/s: gambar lama baru nak hapdet. Bz memanjang!!.  Scene2 nii berlaku secara tidak dirancang. Apapun seronok dapat berkumpul adik-beradik ramai2 macam ni. Thanks Yang dan Kak Nine sekeluarga sanggup bertandang ke rumah kami. Walaupun apartment kami kecik je tapi besar hati kami sebagai tuan tanah dapat layan tetamu jauh. InsyaAllah...rumah baru kami siap, nanti jemput bertandang ke sana pulak ye!!. Jom jamu mata... @ Masjid Negara camera freak one whole big family of Pak Din I-City pulakkk... Babah dan Afif babah teringin le tuu... siapakah dara pujaan hati jejaka nun di sana. Eh!! peace YO!! Kak Nine, Tisshot & Alma Ila, Tasya, Nine & Tisshot (my biras!!) seronok jugak sesekali berkumpul Minnie Mice ye... hubby dan big brother dia...

Untuk Renungan Bersama

Image
Jika anak anda hidup dalam kekasaran...dia akan belajar melawan orang lain Jika anak anda hidup dalam kritikan...dia akan belajar menyalahkan orang lain Jika anak anda hidup dalam ketakutan...dia akan belajar menjadi pengecut Jika anak anda hidup dalam iri hati...dia akan belajar mengambil hak orang lain Jika anak anda hidup dalam kesabaran...dia akan belajar menjadi penyabar Jika anak anda hidup dalam galakan...dia akan belajar menjadi yakin Jika anak anda hidup dalam pujian...dia akan belajar menghargai Jika anak anda hidup dalam persetujuan...dia akan belajar menyayangi diri sendiri Jika anak anda hidup dalam kejujuran...dia akan belajar memahami kebenaran Jika anak anda hidup dalam keadilan...dia akan belajar menjadi adil Jika anak anda hidup dalam keselamatan...dia akan belajar menyayangi insan lain Jika anak anda hidup dalam kemesraan...dia akan belajar menyayangi masyarakat sekelilingnya Terapkan nilai agama dan berikan pendidikan formal tertinggi buat...

Mega ReUnion XKresma 2012

Image
Event : Mega ReUnion XKresma 2012 Tarikh : 29 - 30 September 2012 Venue : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor KRESMA Sejak saya mula melangkahkan kaki ke UiTM lagi, saya telah pun berkira-kira untuk melibatkan diri dengan kelab yang aktif dengan xtvt rekreasi kerana semenjak dari zaman persekolahan lagi saya memang seorang yang agak lasak. Banyak kenangan dan pengalaman yang saya  kutip sepanjang melibatkan diri dengan Kresma namun kemuncaknya apabila saya terlibat dengan xpdc memanjat Gunung Tahan. Pengalaman mendaki yang paling berharga bagi diri saya sendiri walaupun sebelum ini saya sudah biasa mendaki gunung-gunung yang lebih rendah dari Gunung Tahan. Lebih berharga kerana hubby sendiri turut sama dalam xpdc tersebut. Secara tidak langsung memudahkan lagi pendakian saya kerana mempunyai 'potter' merangkap 'body-guard' peribadi. Hehehe. Selain dari itu, ahli kelab Kresma terutamanya hubby sering memasuki pertandingan lasak seperti Wall Climbing ataup...