Posts

Berkat Bulan Seribu Sujud

Image
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk kita  bertemu dengan bulan penuh barakah dan keberkatan ini. Kali ini saya berkesempatan melakukan sembahyang terawih di Masjid Besar Shah Alam, Masjid Merah dan Masjid Besi Putrajaya.  Peluang yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk berdoa agar Allah SWT memakbulkan permintaan saya serta memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Semoga Allah SWT mengasihani saya sekeluarga. Insyaallah.  Sememangnya Ramadhan pada kali ini membawa seribu makna buat diri saya kerana kebetulan cuti semester bermula sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah dapatlah saya menjalani ibadah puasa tanpa perlu mengejar date-line kerja sekolah yang menimbun. Seperti kebiasaan, kerja-kerja di pejabat pun semakin berkurangan tiap kali Ramadhan menjelma bagi memberi peluang kepada staff untuk berehat dan memberi tumpuan kepada ibadah. Terima kasih Boss!! Dapatlah jugak saya balik awal da...

Alhamdulillah

Image
6 JULAI 2012 blueberry cheese cake. Yummy! roses for me!! small celebration Alhamdulillah Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat handainya. SMILE Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap dugaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang telah Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.  Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasihMu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun...

Sukarkah Mencipta Bahagia?

Image
      Perkahwinan setelah dijalani selama beberapa tahun, pasti irama dan lagunya tidak serancak waktu alam percintaan yang dulu segala-galanya indah dan mengkhayalkan. ketika bercinta, lautan api sanggup direnangi, lurah dan belukar sedia dituruni. itu keajaiban cinta. Keajaiban yang sama seperti anak kecil melihat pelangi. Cantik dan menakjubkan.           Apabila dua manusia berlawanan jantina membayangkan sesebuah keindahan cinta ketika itu, kita sedia maklum mereka tidak akan membayangkan sekali kesulitan disebalik keseronokan tersebut. Kerana mereka belum tinggal bersama. Mereka belum berkongsi tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Mereka juga belum merasai pancaroba kehidupan berumahtangga. Yang mereka kongsikan bersama hanyalah perasaan yang indah-indah belaka. Namun apabila sudah sah hidup bersama, bergelumang dengan rencah kehidupan rutin suami isteri, saat manis itu akan mula memudar seiringan dengan perjalanan waktu....

back to her own nature...

Image
30 Oktober 2010. Diam tak diam, rupanya selama 1 tahun 7 bulan lebih saya telah membela seekor musang pandan yang saya namakan sebagai AKON. Akhirnya, tanpa sebarang alasan...hanya mengikut gerak hati, saya terpaksa merelakan diri untuk melepaskan Akon ke habitat asalnya. Walaupun hati saya berat untuk melepaskan Akon tapi setelah difikirkan semasak-masaknya...keputusan ini adalah yang terbaik untuk semua. Apalagi...berderai-derai airmata saya sebab terlalu sedih. Semalaman menangis teringatkan Akon (;__;). Sedih kerana Akon telah mula saya bela sejak masih baby lagi. Gigi pun belum tumbuh masa tu. Gara-gara shooting di rumah P.Ramlee la saya terjumpa dengan anak musang pandan nih. Saya namakan Akon sebab secara tak sengaja terjumpa Akon di dalam air-cond. Setiap pagi sebelum ke pejabat...saya akan pastikan Akon dimandikan dan diberikan makanan secukupnya. Balik dari pejabat pun saya akan pastikan Akon di'setel'kan terlebih dulu. Lepas tu saya akan lepaskan Akon dal...

...akhirnya dimiliki abang Bomba (1)

Image
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADIK TERSAYANG... AZRIN & IZWAN Alhamdulillah. 25 May 2012 yang lepas, adik perempuan saya, Nor Azrin Nozmi selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Mohd Izwan Arief. Dengan sekali lafaz dan dinikahkan sendiri oleh Pak Nozmi, maka termeterailah ijab dan kabul antara mereka berdua. Syukur sangat-sangat kepada Allah SWT. Kami semua mendoakan yang terbaik buat ke-dua mempelai. Yong pasti sekarang ni mesti Arin rasa agak pelik dengan status baru sejak bergelar seorang isteri. Mungkin bermacam-macam perasaan bercampur-baur bermain dalam hati. Bagi pasangan pengantin baru…perasaan seperti ini adalah perkara biasa. Ye la….sebelum ini, kita bergelar anak dara sunti, student pun panggil Cik Puan. Kalau berkumpul ramai-ramai dengan mak-mak sedara pun…semua orang sibuk tanya dah ada boypren ke belum. Tetiba hari ini, saat terlafaznya akad dan nikah…akhirnya kita bergelar seorang ISTERI. Nasihat yong…hargailah status yang baru Arin kecap...

OMG!!

DOA MENGELAKKAN ANAK DARI DICABUL KEHORMATAN DIRI ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI IBNAATI AAMANTU BIKA WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJIHAA FALA TUSALLIT ‘ALAYHAL KAFIR WA AZ-ZALIM Ya Allah. Sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan rasulMu. Dan dia memelihara kehormatan dirinya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang yang zalim.

Tips Keluarga Sakinah

Image
UNTUK DIRI SENDIRI Renunglah setiap hari dosa dan maksiatmu yang telah lalu.  Perbanyakkanlah mengingati Allah SWT dengan beristghfar dan bersedekah. UNTUK PARA ISTERI Bagi seorang isteri janganlah diulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami dan perkara yang beliau tidak suka melihatnya. UNTUK PARA SUAMI Sebagai suami ajaklah isteri bergurau senda. Berlaku lemah lembut kepadanya dan hiburkanlah isteri supaya hatinya sentiasa gembira. UNTUK IBUBAPA 1. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang mengandungi cemuhan, maki-hamun, laknat dan sumpah seranah kepada anak-anak  kerana ia merupakan DOA yang mengundang kemusnahan hidup  dan kehancuran masa depan anak-anak.  2. Banyakkanlah berdoa dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya aqidah, akhlak dan ibadah anak-anak akan mudah dibentuk dengan kekuatan doa ibubapa. UNTUK ANAK-ANAK Sebagai anak berbaktilah kepada ibubapa meskipun keduanya bukan muslim. Ingatlah bahawa redha Allah sentias...