Posts

...akhirnya dimiliki abang Bomba (1)

Image
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADIK TERSAYANG... AZRIN & IZWAN Alhamdulillah. 25 May 2012 yang lepas, adik perempuan saya, Nor Azrin Nozmi selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Mohd Izwan Arief. Dengan sekali lafaz dan dinikahkan sendiri oleh Pak Nozmi, maka termeterailah ijab dan kabul antara mereka berdua. Syukur sangat-sangat kepada Allah SWT. Kami semua mendoakan yang terbaik buat ke-dua mempelai. Yong pasti sekarang ni mesti Arin rasa agak pelik dengan status baru sejak bergelar seorang isteri. Mungkin bermacam-macam perasaan bercampur-baur bermain dalam hati. Bagi pasangan pengantin baru…perasaan seperti ini adalah perkara biasa. Ye la….sebelum ini, kita bergelar anak dara sunti, student pun panggil Cik Puan. Kalau berkumpul ramai-ramai dengan mak-mak sedara pun…semua orang sibuk tanya dah ada boypren ke belum. Tetiba hari ini, saat terlafaznya akad dan nikah…akhirnya kita bergelar seorang ISTERI. Nasihat yong…hargailah status yang baru Arin kecap...

OMG!!

DOA MENGELAKKAN ANAK DARI DICABUL KEHORMATAN DIRI ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI IBNAATI AAMANTU BIKA WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJIHAA FALA TUSALLIT ‘ALAYHAL KAFIR WA AZ-ZALIM Ya Allah. Sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan rasulMu. Dan dia memelihara kehormatan dirinya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang yang zalim.

Tips Keluarga Sakinah

Image
UNTUK DIRI SENDIRI Renunglah setiap hari dosa dan maksiatmu yang telah lalu.  Perbanyakkanlah mengingati Allah SWT dengan beristghfar dan bersedekah. UNTUK PARA ISTERI Bagi seorang isteri janganlah diulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami dan perkara yang beliau tidak suka melihatnya. UNTUK PARA SUAMI Sebagai suami ajaklah isteri bergurau senda. Berlaku lemah lembut kepadanya dan hiburkanlah isteri supaya hatinya sentiasa gembira. UNTUK IBUBAPA 1. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang mengandungi cemuhan, maki-hamun, laknat dan sumpah seranah kepada anak-anak  kerana ia merupakan DOA yang mengundang kemusnahan hidup  dan kehancuran masa depan anak-anak.  2. Banyakkanlah berdoa dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya aqidah, akhlak dan ibadah anak-anak akan mudah dibentuk dengan kekuatan doa ibubapa. UNTUK ANAK-ANAK Sebagai anak berbaktilah kepada ibubapa meskipun keduanya bukan muslim. Ingatlah bahawa redha Allah sentias...

3 Diva Viva

Image
Tahniah Intan Freya & Jill. Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga.  InsyaAllah. secouple BFF Ain Saby On Oja Kismilardy teman semeja kami (Aunty Yusni Hamid & Hani SPM)

For The One I Love

Image
Hubby Luvvy 16 Mei 2012. SELAMAT HARI LAHIR buat suami tercinta...Mohd Fauzi Zainuddin. Percaya atau tidak, ini merupakan kali pertama saya meraikan hari ulang tahun kelahirannya semenjak pertama kali saya mengenali hubby. Alhamdulillah. Ternyata perancangan Allah melebihi ilmu pengetahuan kita...kini saya berpeluang meraikannya bersama-sama.  Sepertimana doa yang sentiasa saya lafazkan...saya memohon agar Allah SWT memberikan keberkatan usia kepada suami semoga sentiasa sihat hendakNya. Semoga dengan kesihatan yang diberikan...hubby dapat mencari rezeki yang halal buat kesenangan kami sekeluarga. Saya juga mendoakan agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa suami dan memberikan nur hidayah agar hubby dapat terus menjadi seorang pemimpin keluarga yang baik kepada kami sekeluarga. Doa saya juga agar Allah SWT senantiasa memelihara hati dan perasaan suami dari segala kejahatan baik dari manusia, jin mahupun syaitan kerana sebagai seorang manusia biasa, tahap kesabaran dan keiman...

...Dan Sebenarnya

Image
PERKAHWINAN.  Allah SWT mensyariatkan perkahwinan kepada manusia selaras dengan kehendak fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan. Bagi setiap pasangan yang berkasih, perkahwinan adalah kemuncak kepada bukti kasih sayang mereka.  Secara peribadi saya mempunyai persepsi tersendiri setiapkali mendapat undangan walimatul urus. Bukan bersikap sinikal sementelah diri sendiri pernah melalui fasa perkahwinan yang mengecewakan tetapi lebih kepada kesedaran dalaman yang wujud dalam diri bahawa NAWAITU mendirikan rumahtangga kerana Allah SWT seharusnya menjadi tunggak utama apabila keputusan tersebut diambil.   Rasulallah SAW dalam hadisnya berkata, kahwinilah wanita itu kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya engkau akan selamat.  Seharusnya kita sedar bahawa ayat ini secara terang-terangan membimbing umat islam agar meletakkan agama sebagai perkara utama dal...

Jiwa Lara

Image
Love is not a matter of what happens in your life.   It's a matter of what is happening in your heart.