Posts

sesekali team Hiburan TV berlibur...

Image
Family Unit Hiburan TV 11 April 2012 yang lepas, team Unit Hiburan TV berhari keluarga di Permaisuri Beach Resort Port Dickson. Kesibukan yang melanda...ditambah pulak dengan program-program tv yang tak pernah putus menyebabkan agenda Family Day selalu tergendala. Kali terakhir kami berfamily day adalah kira-kira 6 tahun lepas. Fuyohh...lamanyer. Bayangkan. Kalau dulu kebanyakkan dari kami masih lagi anak dara dan teruna tapi kali ini boleh dikatakan hampir semuanya dah berkeluarga. Bermula dengan aktiviti pantai, kami semua dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Salam Pantai Timur (SPT), Tiada Lama Tiada Baharu (TLTB), Syok dan BRTM. Semua dah bersemangat termasuklah Farzana. Macam-macam game yang telah AJK anjurkan sampaikan sakit-sakit la badan saya sebab terlebih teruja bermain.  Selesai je aktiviti pantai...masa untuk aktiviti in-door pulak. Masa ni la nak dengar staff Unit HTV menyumbangkan suara. Hehehe. Farzana ala-ala terlopong bila tengok persembahan hebat dari ...

Little Farzana

Image
Hujung minggu lepas...kesihatan saya agak kurang memuaskan. Batuk yang berpanjangan dan demam yang tak kebah gara-gara spesis penakut makan ubat!!. Hehehe. Apapun, saya dan hubby tetap meluangkan masa yang ada membawa Farzana jenjalan dan makan-makan. Enjoy!! @ opis ibu... yummylicious gegurl hang out @ MV ICity tengok lampu zana & ibu zana & babah naik gajah pusing-pusing fuyohh...ganasnyer rupa!! merry go round saya yang demam...huhuhu Tutti Frutti

CANTIK DI MATA...CANTIK DI HATI

Image
ambillah waktu untuk berfikir ~ itu adalah sumber kekuatan ambillah waktu untuk bermain ~ itu adalah rahsia masa muda yang abadi ambillah waktu untuk belajar ~ itu adalah sumber kebijaksanaan ambillah waktu untuk bersahabat ~ itu adalah jalan menuju kebahagiaan ambillah waktu untuk tertawa ~ itu adalah muzik yang menggetarkan hati ambillah waktu untuk memberi ~ itu dapat membuat hidup terasa bererti ambillah waktu untuk bekerja ~ itu adalah nilai keberhasilan ambillah waktu untuk beramal ~ itu adalah kunci menuju syurga ambillah waktu untuk berdoa ~ itu adalah sumber ketenangan ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai ~ itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah untuk hambaNya

February datang lagi...

Image
Saya menghabiskan cuti selama 8 hari dengan aktiviti yang menyeronokkan walaupun agak memenatkan. Bermula dengan percutian ke Colmar Tropical Resort, Bukit Tinggi...jenjalan ke kota penuh keriangan di Genting Highlands dan akhirnya menghabiskan sisa-sisa cuti di kampong mertua di Kg. Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Terima kasih kepada En. Manager Colmar Tropical Resort sebab baik hati meng'upgradekan bilik kami dari standard room kepada suites room. Terima kasih yang tak terhingga jugak kepada encik hubby sebab bawak saya jenjalan.  Di samping itu, kesempatan yang ada ini saya gunakan sepenuhnya untuk beramah mesra dengan ayah dan mak mertua serta ipar-duai. Kiranya macam sessi orientasi la!!. Pak Din memang cool orangnya lebih kurang macam ayah saya Pak Nozmi. Kadang-kadang boleh buat bergurau dengan ayah mertua saya nih. Hehehe. Mak Zainah plak terlebih humor berbanding Pak Din. Ada je macam-macam  cerita  dapat kita dengar kalau duduk bersembang dengan Mak Zainah nih. ...