Posts

Selamat Tahun Baru 2011

Image
Alhamdulillah.  Tibanya tahun baru bukan bermakna kita harus melupakan tahun-tahun sebelumnya kerana tanpa tahun-tahun terdahulu...tak mungkin kita akan menjadi seperti diri kita sekarang ini. Tibanya tahun baru jugak bermakna kita semakin dewasa dan pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan hidup sebelum ini seharusnya menjadikan diri seorang yang lebih matang dalam menentukan arah tuju hidup sendiri. Saya selalu berpegang kepada kata-kata bahawa....hidup ini mesti diteruskan walau apa saja yang perlu kita tempuh kerana yang baik itu datangnya dari Allah...dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Semoga perjalanan hidup aku dipenuhi dengan warna warni.  Untuk Mak dan Ayah...Yong doakan semoga Allah panjangkan umur kalian berdua dan diberikan kesihatan serta ketenangan jiwa dalam melayari usia senja. Untuk Azman...semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dalam melayari hidup berumahtangga. Untuk Azlina...semoga tabah dan terus kuatkan semangat menja...

“ Manusia merancang...Allah menentukan.”

Image
Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Mungkin ini antara petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 1. Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, rohani dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.  2. Bersahaja Si dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau...

Sarjana Komunikasi Massa - Class Of MC 770

Image
Ain Tisshot Oja Sabtu, 18 Disember 2010 Akhirnya saya bergelar  Student untuk Sarjana Komunikasi Massa (MC 770). Perjalanan untuk saya masih lagi jauh...walaupun cuma perlu bertahan untuk 2 tahun sahaja lagi. Kata-kata Prof. Dr. Aini Jaapar masih lagi terngiang-ngiang kat telinga ni.... 'betapa beratnya jari anda semua untuk menekan butang klik permohonan' . Sebetulnya keputusan untuk saya menyambung pengajian ni memerlukan pengorbanan...menuntut kesabaran...dan hati yang tekad. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Seharian saya, Oja dan Ain ditemani White berada di Dewan Seri Budiman. Teringat masa mula-mula menjejakkan kaki di Uitm. Masih lagi mentah dan tercangak-cangak. Sekarang, kami lebih berkeyakinan. Dah takde lagi rasa takut. Staff IPsis plak yang takut tengok kami. Hahaha. Biasa le...student Mass Comm mana pernah takut berdepan dengan orang!!!. Tak sangka kami kena menyanyikan lagi lagu UiTM Di Hatiku dan Wawa...

Hanyut - Faizal Tahir

Image
Harus bagaimana lagi Dan terus begini Dengarkan aku Lihat ke mataku Cukup sudah kau menghukum Salahku tetap salahku Benarkan ku berbicara Agar bisa pulih semua Namun harus sampai bila Kau kan diam seribu bahasa Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu Bagaimana ku nanti Bila tiada mengganti Yang ku ada hanya kamu saja Saat mata terpejam Hanya kau ku terbayang Menghapus semua segala rasa di jiwaku Saat mata terbuka Kamulah yang pertama Tak mampu aku Bayangkan Hidup tanpa dirimu Aku memang bersalah Selalu saja mengabaikan mu Dan tapi dah ku sedari Segala perit kau lalui Ku terlupa kau terluka Dan memang selalu Aku bersalah Selalu saja mengabaikan mu Meninggalkan mu Dan tetapi itulah aku sedari Segala perit yang kau lalui Kerna diriku yang terus hanyut Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu Bagaimana ku nanti Bila tiada mengganti Yang ku ada hanya kamu saja Bagaimana ku nanti Bila kau tak di sisi Yang ku ada hanya kamu saja " ......

Andai Ku Tahu (2)

"Hi. Saya Haiqal".  Sapaan Haiqal diiringi dengan sebuah senyuman. Senyuman yang secara tiba-tiba membuatkan jantung Nadira berhenti berdegup sesaat. Senyuman berbalas senyuman. Ternyata dunia ini kecil sahaja. Mamat blues berjaket merah yang sering mencuri perhatian Nadira selama ini adalah Haiqal...rakan sekelasnya. Nadira tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepalanya. Tanpa disedari perlakuannya diperhatikan Haiqal. Perjalanan mereka dimulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan oleh Faiz dengan harapan urusan mereka mendapat keberkatan Allah SWT. 'Maha suci Allah yang memudahkan ini bagi kami  dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya jika tidak kerana kurnia Allah.  Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami'.   Sebagai umat Islam kita sememangnya digalakkan mengamalkan bacaan-bacaan doa dalam aktiviti seharian kerana sesungguhnya Allah tidak akan lupa kepada hambaNya yang sering mengingatiNya. Perjalanan dari Kuala Lumpur - Kuantan melalui Lebu...

Andai Ku Tahu (1)

'Jaket merah. Beg silang. Mamat Blues.' Tiap kali Nadira melangkahkah kakinya ke kelas...pasti dia akan bertembung dengan mamat blues ini. Apa yang hendak dikisahkan sangat kerana di UiTM ini ada ribuan pelajar lelaki tetapi kelibat lelaki ini benar-benar mengganggu konsentrasi Nadira. Walaupun berada di dalam satu kelas yang sama namun mereka tidak pernah bertegur sapa, apatah lagi bertembung mata. Tetapi lelaki berjaket merah berjaya membuatkan anak mata Nadira melirik rahsia ke arahnya. Sekadar memandang sepi tanpa sekelumit rasa. Pelikkan dunia ini.  'Hari demi hari. Tugasan demi tugasan.' Pejam celik Nadira kini berada di semester ke tiga dalam jurusan Komunikasi & Pengajian Media. Perjalanannya untuk menggapai segenggam ijazah masih lagi jauh walaupun dia yakin mampu mengharungi pahit manis sebuah kehidupan. Tiba-tiba pandangan matanya yang merenung jauh ke luar bangunan 13 tingkat itu terarah ke pintu masuk kelas. Kelihatannya Dr. Ridzwan, pensyarah sub...

Mode : BOSAN

Bila saya BOSAN saya akan : 1. Makan angin bersama adik-adik tak kira ke mana sahaja. Janji kami   dapat  luangkan masa together dan bergembira.  2. Ponteng keje atau off-day sebab malas nak buat atau fikirkan apa2 pun. Masa ni jangan harap aku akan angkat telefon. 3. Mengemas umah double storey saya. Secara tak langsung bila umah saya  kemas dan bersih...jiwa saya akan tenang. 4. Shopping....terapi jiwa yang paling berkesan. Sekurang-kurangnya, sebagai  ganjaran ke atas diri kerana telah bekerja keras siang dan malam mencari  rezeki yang halal. 5. Google tiket Air Asia kot-kot ada promosi yang best untuk ke luar negara seperti KOREA atau AUSTRALIA ataupun THAILAND. Korea is in my agenda   already!!! 6. Download lagu-lagu favorite simpan dalam MacBook ku...layan!!! 7. Bergayut di telefon tak kira di dalam toilet, tengah drive atau dalam meeting . Kekadang rasa macam ada gam kat telinga.... 8. Main dengan Akon (anak musang ku...)....