Housewarming 7 Jun 2014 Puncak Perdana, Shah Alam Penat woiiii!! Penat mengalahkan nak buat kenduri kawen anak teruna sendiri plak rasanya. Dah nama pun tuan tanah nak buat housewarming...adat le bila 3 hari 3 malam tak lalu makan. Walaupun dah ada kata sepakat dengan suami nak guna khidmat catering aje untuk makan tengahari, tapi tetap dahku gedik nak buat lauk tambah khonon-khononnn risau tak cukup lauk. Jenuh la pulun buat laksa seperiuk besar siap import daun kesum, bungan kantan, daun selom ulam bagai dari Tapahville. Tak cukup dengan laksa...nak jugak tambah lauk ayam goreng sebab risau lauk yang ada tak cukup. Padahal kari daging, paru goreng sambal, ikan masin goreng, sambal belacan dan ulaman yang dah dicater tu memang lebih daripada cukup pun. Itu belum masuk lagi encik asben request mintak buatkan aiskrim malaysia perisa asam boi dan agar-agar gula merah untuk dessert. Hambek kau!!. Gigih kul 1 pagi bukak buku 365 resipi pulun nak buat agar-agar gula merah. Hasi...